Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 19, 2014

Hudud: 'Like father Like Dougter'!

Ke mana arah hidup mereka dua beranak ni tak tahulah!

Marina harap K'tan tak laksana hudud
mk - 6:32PM - 19 Dec 2014

Aktivis sosial Datuk Marina Mahathir berkata, beliau berharap agar undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, beliau tidak mengetahui kaedah yang digunakan untuk meluluskan undang-undang tersebut, namun beliau tetap berpandangan bahawa ia bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

"Saya tak tahu mengenai cara undang-undang di Parlimen, saya tak berapa faham. Tetapi saya harap ini (undang-undang hudud) tidak akan lulus.

"Ini bukan masanya untuk laksana undang-undang hudud macam ini. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa pelaksanaan undang-undang itu akan menyebabkan masyarakat berpecah-belah kerana penguatkuasaan undang-undang berbeza.

"Walaupun cakap (akan dilaksana) hanya untuk Muslim sahaja, tetapi kita semua bercampur kaum dan bangsa.

"Saya rasa warga Malaysia yang bukan Muslim tentu tak sampai hati untuk tengok orang Islam dikenakan hudud. Ini akan memecah-belahkan masyarakat kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis di Wisma Institut Pengurusan Wanita (WIM) hari ini.

1 comment:

  1. Spekulasi....persepsi.....negative...
    Tak ada yang positive....Nak tunggu sampai 100% islam???
    Sementara individu saperti murtaddin hajjah shit alwuzara berkembang????
    Rakyat akan bersatu selepas hudud terlaksana kerana ia datang dari yang benar dan adil.
    Kalau tak yakin sila kaji lagi akan kebenarannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa