Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 23, 2014

PERKASA jalin kerjasama dengan NGO 'anti-M'sia'

1:00PM - 23 Dec 2014

PERKASA menjalinkan kerjasama dengan Laskar Merah Putih (LMP) Indonesia, sebuah NGO yang menganjurkan 'ganyang Malaysia' pada 2010, antaranya sebagai saluran diplomasi kedua-dua negara.

PERKASA dan LMP membentuk Gagasan Sebangsa Serumpun Nusantara (SEBANGSA), lapor Utusan Malaysia.
"Kita semua sedia maklum hubungan antara kerajaan dan kepimpinan Malaysia dan Indonesia berada di landasan yang sangat kukuh.

“Sehubungan itu, menjadi harapan PERKASA dan LMP untuk sama-sama membantu kerajaan memastikan hubungan antara rakyat dua negara juga berada di kedudukan yang sama,” Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dilapor sebagai berkata.

Akhbar Umno itu turut melaporkan Ibrahim sebagai berkata LMP memberi jaminan akan lebih berdiplomasi ketika berdepan isu melibatkan kepentingan dua negara.

Ibrahim dilapor menghadiri ulang tahun ke-14 penubuhan LMP semalam dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum kumpulan itu Adek Erfil Manurung di Banten, Jawa Barat.

LMP sering mengadakan demonstrasi di kedutaan Malaysia di Indonesia melibatkan isu antaranya pekerja negara itu di Malaysia atau masalah sempadan.

Kumpulan itu pada 2009 mengadakan demonstrasi berhubung isu di Ambalat dan pada 2010 menganjurkan "ganyang Malaysia" dengan membakar Jalur Gemilang selepas isu sempadan di perairan di Riau.

Tak benci M'sia, hanya pertahan Indonesia

Dalam laporan sama, Utusan memetik Adek sebagai berkata, LMP sedia bekerjasama dengan PERKASA kerana kedua-dua kumpulan mempunyai matlamat sama mempertahankan hak dan kedaulatan rakyat Indonesia.

“Jika ada demonstrasi yang kami lakukan sebelum ini di hadapan Kedutaan Besar Malaysia bukanlah bermaksud kami membenci saudara-saudara kami di Malaysia, sebaliknya, LMP hanya mempertahankan rakyat Indonesia.

“Melalui kerjasama dengan PERKASA kami akan pastikan dua negara ini kekal makmur tanpa ada penglibatan bangsa-bangsa asing yang cuba menjajah kita,” Adek dipetik sebagai berkata. - sumber

1 comment:

  1. wajib siasat brahing al kataki perkasam rasis yang jadi mahu dalang & pengkhianat sebenar bersekongkol dengan gerombolan militan anti-Malaysia ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa