Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 25, 2014

Oleh Helmy Abd Rahman; Syah Rul Aswari Abdullah; Muhamaad Razis Ismail dan Zatul Iffah Zolkiply 

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri pantai timur mencatatkan peningkatan ketara, petang ini, manakala Perak berkurangan sedikit berbanding pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 66,029 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan sementara di empat negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Di KELANTAN, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) naik kepada 26,854 orang sehingga 6 petang ini, berbanding 22,937 orang pagi tadi.

Sementara itu, 23 jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan dan enam sungai dilaporkan melepasi paras bahaya.

Di TERENGGANU, bilangan mangsa banjir kini meningkat kepada 22,933 daripada 5,560 keluarga berbanding 21,630 membabitkan 5,003 keluarga, pagi tadi.

Beberapa laluan masih ditutup seperti Jalan Chukai/Air Putih, Jalan Teladas dan Bukit Mentok/Kampung Tempurung di Kemaman serta Jalan Durian Mentagau-Citrus Valley di Dungun.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 14,662 orang petang ini berbanding 10,825 orang pagi tadi.

Selain itu, operasi menyelamat 120 pelancong dan kakitangan yang terkandas di Mutiara Taman Negara, Jerantut, akibat banjir menggunakan helikopter TUDM dan bot bomba bermula pagi ini, turut tergendala kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,650 daripada 414 keluarga kepada 1,580 daripada 385 keluarga di PPS di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
KEMASKINI 24 Disember 2014, 7.30 malam.

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di empat negeri mencatatkan peningkatan ketara, pagi ini, berbanding tengah malam tadi.

Sekurang-kurangnya 56,083 mangsa banjir kini berada di pusat pemindahan sementara di empat negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Di KELANTAN, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) naik kepada 22,937 orang, pagi ini, berbanding 22,225 pada tengah malam tadi.

Air Sungai Kelantan dekat Tambatan Diraja juga mula melimpah masuk pinggir bandar Kota Bharu sejak 9 pagi ini.

Di TERENGGANU, bilangan mangsa banjir kini meningkat kepada 21,630 daripada 5,003 keluarga berbanding 16,452 membabitkan 3,728 keluarga, tengah malam tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 10,825 orang daripada 2,768 keluarga di lapan daerah pagi ini berbanding 6,286 orang daripada 1,614 keluarga, tengah malam tadi
Selain itu, operasi menyelamat 120 pelancong dan kakitangan yang terkandas di Mutiara Taman Negara, Jerantut, akibat banjir menggunakan helikopter TUDM dam bot bomba bermula 8.30 pag ini.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat daripada 415 kepada 691 mangsa yang dipindahkan ke 11 pusat pemindahan di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 1:07 AM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa