Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 31, 2014

Dalam Keadaan Begini Pun Ada Yang Cuba Masuk Jarum Politik Ka?

Aku rasa cadangan ini bukan datangnya dari kepala hotak Hussamuddin Yaacub tetapi wayang berDalang!
Agak siapa Dalangnya?

PAS tolak k'jaan campuran PAS-Umno demi banjir
12:49PM - 31 Dec 2014 - mk

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak pandangan bahawa satu kerajaan campuran PAS dan Umno diperlukan di Kelantan untuk membangunkan semula negeri itu selepas banjir.

Beliau sebaliknya menggesa agar syarikat petroleum nasional Petronas menyumbang dana kepada satu tabung khas untuk tujuan berkenaan.

"Alasan seperti itu terlalu rapuh.

"Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor itu kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan kerajaan gabungan itu yang diajukan pemilik Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan mengunjurkan pemulihan semula Kelantan akan memakan wang berbilion ringgit.

Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan.

"Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga.

"Sekarang Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.

"Tidak ada jalan lain lagi," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

6 comments:

  1. Tak perlu gabungan yang lebih penting kerajaan pusat salurkan terus wang ehsan minyak itu pada kerajaan negeri bukannya pada pengerusi UMNO Kelantan dimana sebelumnya pengagihan telah didiskreminasikan tidak mengiikut keperluan kejadian saya anak Kelantan merasa hairan kenapa pemimpin PAS dan UMNO suka mempolitikkan hak rakyat yang telah ditimpa musibah.

    ReplyDelete
  2. Salam Mountdweller

    Tidak patut timbul soal gabung. Kerajaan Persekutuan masih berhutang wang royalty minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

    Bayarlah hutang itu.

    ReplyDelete
  3. Bila KEPENTINGAN RAKYAT JELATA DI TOLAK HIDUP HIDUP ..
    HENTIKAN PERBALAHAN POLITIK .. DEMI KEHIDUPAN RAKYAT KELANTAN ..
    KEIKHLASAN YANG UTAMA ..
    BUKTI KERAKUSAN PERMAINAN ORANG POLITIK .. SUDAH BANYAK ASET ASET KERAJAAN NEGERI KELANTAN .. TELAH TERJUAL ..

    ReplyDelete
  4. geombolan pro 'ug' kot? royalti hak kelantan tu bagi balik baru cakap lain-lain hal ,tapi bila bagi kat penyangak@penyamun wang ehsan@royalti tu lingkup la depa perabih ! mana ada kejujuran & keikhlasan dari pembelot persekutuan ? ABU saja jawabnya !

    ReplyDelete
  5. Bebudak bahalol pas nak jadi menteri pusat kot , tabur tabur UG dengan lahanat umno.

    Orang orang bahalol akan berkumpul sama sama bahalol saja.

    Rakyat yang rugi papa miskin dan takde duit.

    ReplyDelete
  6. Negeri korang....
    Ikut suka koranglah macamana korang nak buat.
    Pilihlah mana yang terbaik.
    Jangan sampai salah pilih, nanti tergadai pulak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa