Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 20, 2014

Update - Banjir di Kelantan memburuk: 12.00 Tengahari Mangsa Cecah 19,715

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Cecah 19,715 Orang
mStar - Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 12:42 PM

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 19,715 orang tengah hari Sabtu berbanding 18,812 orang pagi Sabtu berikutan pertambahan mangsa banjir di jajahan Tumpat.
Menurut portal banjir kerajaan negeri pada pukul 12 tengah hari Sabtu, keadaan itu berikutan limpahan air Sungai Golok yang masih melepasi paras bahaya.
Keseluruhan pusat pemindahan di tujuh jajahan iaitu Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Kota Baharu, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah, kini bertambah kepada 86 berbanding 83 pagi tadi.
Jajahan Pasir Mas masih menempatkan jumlah terbesar mangsa banjir dengan 11,156 orang tengah hari ini berbanding 10,599 orang pagi tadi, yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di Jajahan Tumpat pula meningkat kepada 3,310 orang tengah hari ini berbanding 3,115 pagi tadi, yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai meningkat kepada 3,035 orang tengah hari ini berbanding 2,865 orang pagi tadi. Kesemuanya ditempatkan di 12 pusat pemindahan.
Di Kota Baharu, 761 mangsa banjir ditempatkan di enam pusat pemindahan, Pasir Puteh (603 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (461 orang/11 pusat pemindahan) dan Machang (389 orang/lapan pusat pemindahan).
Cuaca yang agak baik sejak dua hari lalu menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama terus menyusut kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatat bacaan 10.28 meter melepasi paras bahaya 9 meter.
Sejak banjir gelombang kedua melanda Kelantan pada 16 Dis lalu, empat kematian akibat banjir direkodkan iaitu masing-masing di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Baharu.
Cuaca di Kelantan pada tengah hari Sabtu mendung dengan hujan renyai.
Jumlah mangsa banjir K'tan naik mendadak
mk - 9:56AM - 20 Dec 2014
Keadaan banjir di ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung masih belum reda dan jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan meningkat mendadak pagi ini kepada 18,812 orang berbanding 15,002 mangsa, malam tadi.

Di Kota Bharu, menurut portal banjir kerajaan negeri pada 8.30 pagi ini, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat berikutan penambahan mangsa banjir di jajahan Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang masih melepasi bahaya.
    
Keseluruhan pusat pemindahan di tujuh jajahan itu kini bertambah kepada 83 pusat berbanding 77 malam tadi.

Di Pasir Mas masih menempatkan jumlah terbesar mangsa banjir iaitu 10,599 orang yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan berbanding malam tadi melibatkan 7,594 orang di 31 pusat.

Jajahan Tumpat pula menempatkan 3,115 orang di enam pusat pemindahan berbanding malam tadi 2,174 di jumlah pusat yang sama.

Di Kuala Krai sebanyak 2,865 orang ditempatkan di 11 pusat pemindahan, Kota Bharu (761 orang/enam pusat), Pasir Puteh (619 orang/empat pusat), Tanah Merah (551 orang/11 pusat) dan Machang (302 orang/lapan pusat).



Cuaca yang agak baik sejak dua hari lalu menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama terus menyusut kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan bacaan 10.28 meter melepasi bahaya 9 meter.

Keadaan banjir di Rantau Panjang juga tidak banyak berubah yang sebahagian besar kawasan itu masih digenangi air.

Sejak banjir gelombang kedua melanda Kelantan pada 16 Dis lalu, empat kematian akibat banjir direkodkan iaitu masing-masing di Tanah Merah, Tumpat, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Terbaharu seorang remaja lelaki, Che Muhammad Anuar Che Hassan, 17, yang menghidap penyakit sawan ditemui lemas dalam kejadian 7.10 pagi, selepas terjatuh dalam air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Teluk Jering di Tumpat, semalam.

Mayatnya ditemui kira-kira tiga minit selepas mangsa terjatuh.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali jalan Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan di Kampung Tikat di sini yang masih ditutup kepada kenderaan ringan.

Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini hujan renyai yang sesekali lebat di keseluruhan jajahan.
Di Kuala Terengganu, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, keadaan banjir di Terengganu tidak menunjukkan sebarang perubahan besar pagi ini dengan jumlah mangsa dicatatkan 8,587 orang berbanding 8,659 malam tadi.

Besut kekal mencatatkan mangsa pemindahan terbanyak iaitu 3,235 orang, ini diikuti Dungun 2,132 orang dan Kemaman 1,925 mangsa.

Hulu Terengganu yang merupakan paling teruk terjejas banjir, kini kembali pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 950 orang di 15 pusat penempatan.

Di daerah Kuala Terengganu pula, 43 orang ditempatkan di tiga pusat pemindahan, Marang (21 orang/satu pusat) dan Setiu (290 orang/tiga pusat).
    
Bahagian Hidrologi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan sehingga 8 pagi tadi, ketinggian paras air Sungai Dungun di Kuala Jengai melepasi tahap bahaya 21.6 meter (bahaya 21 meter) manakala Sungai Dungun di Jambatan Jerangau merekodkan 13.42 meter (bahaya 12.5 meter).  

Di Kuantan, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata jumlah mangsa banjir di daerah itu berkurangan kepada 1,449 orang daripada 408 keluarga sehingga 9 pagi ini berbanding 1,624 orang daripada 411 keluarga malam tadi.

Abdul Aziz berkata sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Balai Raya Kampung (Kg) Sungai Soi untuk menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga selepas kediaman mereka di Kg Sungai Soi dinaiki air.

"Enam pusat pemindahan masih beroperasi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan masih merekod jumlah mangsa paling banyak iaitu 893 orang daripada 238 keluarga dari Kg Pandan 2, Chendering dan Lubuk Puyu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, hanya satu laluan di Jalan Kampung Air Hitam Seri Damai ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas air naik setinggi 4 meter sejauh 100 meter.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang mengesahkan tiada pemindahan mangsa banjir di daerah lain.

Dalam pada itu laman web JPS negeri hanya mencatatkan sebatang sungai utama menunjukkan paras air meningkat kepada 21.07 meter yang melepasi paras waspada 20.70 meter di Sungai Pahang di Kg Chenor, Maran.

3 comments:

  1. Abe

    MB dan TMB Kelantan dah tahu dan kaba ko negeri dilanda banjir yang teruk?.....h3hehehe.

    Ke tunggu UMNO datang bawa support baru nak amhil tahu? Nampak gaya MB dan TMB k3na datang jumpa Najib di Putrajaya untuk minta bantuan.....kerana untuk menyelamatkan umat melayu dan Islam. Tak kah itu alasan puak UG nak be4dakap dengan UMNO?

    ReplyDelete
  2. bat8

    Abe pun tak tahu setakat bantuan kerajaan negeri dan abe tak ada nampak lagi dalam mana media yang mereka berdua ni turun padang. Tapi mungkin juga abe terlepas pandang

    ReplyDelete
  3. Kesian penduduk penduduk ter paksa harungi banir sendirian tanpa PAS dan bantuan kewangan.

    Bila pasal wang , kena tunggu BR1M lah maka nya undi UMNO walau setan lebih baik dari PAS yg cakap2 saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa