Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 22, 2014

PKR beragama Islam wajib sokong Hudud: DAP Beragama Islam?

Ahli dan pemimpin PKR beragama Islam wajib sokong Hudud
 | December 22, 2014
Dari sudut kefahaman, kita tidak boleh memaksa orang lain kerana dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa tiada paksaan di dalam Islam.
pakatan hududKUALA LUMPUR: Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib menyatakan ahli dan pemimpin PKR yang beragama Islam wajib menyokong perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.
Katanya, kini tanggungjawab PAS adalah untuk memberi kefahaman terutamanya kepada DAP dan rakyat yang bukan beragama Islam agar memahami erti sebenar hukum Hudud.
“Secara jelas, DAP menolak Hudud kerana mereka kepercayaan mereka berbeza dengan kepercayaan penganut agama Islam. Dari sudut kefahaman, kita tidak boleh memaksa orang lain kerana dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa tiada paksaan di dalam Islam,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Beliau yang juga merupakan ADUN Taman Templer menyifatkan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan kelak merupakan satu takdir yang baik.
“Bila telah terlaksana di Kelantan, orang dapat melihat yang baik, dan bukannya takut dengan bayang-bayang yang kita tidak tahu,” katanya.
Ujarnya, dalam Perlembagaan PAS sendiri secara jelas telah menyatakan bahawa akan dilaksanakan satu pemerintahan yang mempunyai nilai-nilai Islam termasuk dengan hukum-hakam selaras dengan kehendak Allah.
“Tanggungjawab kita di Selangor sekarang ini jelas adalah untuk berdakwah. Memang kita kena beritahu semua orang termasuk Islam dan bukan Islam,” katanya.
Apabila diaju soalan mengenai jangkaan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR, yang akan membincangkan mengenai hasrat kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS untuk melaksanakan hudud itu, Zaidy memberitahu bahawa keputusan itu tidak boleh dijangka.
“Bagi kita selagi ia melalui proses yang betul seperti proses demokrasi, bawa ke DUN dan seterusnya di Parlimen, kita akan setuju,” katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa