Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 24, 2014

Banjir: Pantai Timur Bertambah Buruk, 7 Lagi Laluan Ditutup. Perak Dan Perlis Pula Mula Dilanda

Perak, Perlis mula dilanda banjir, keadaan di Pantai Timur bertambah buruk
Bernama |Kemas kini:Disember 23, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 23, 2014 19:43 MYT)

Perak, Perlis mula dilanda banjir, keadaan di Pantai Timur bertambah buruk
Orang ramai terpaksa menggunakan bot sebagai medium pengangkutan untuk meneruskan perjalanan di Kelantan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perak dan Perlis mula dilanda banjir hari ini manakala keadaan di Kelantan, Terengganu serta Pahang bertambah buruk dan keadaan baik dilaporkan di Sabah.

DiPERAK, sebanyak 170 mangsa banjir di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir setakat ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata kejadian banjir di Lenggong berpunca daripada pelepasan air daripada Empangan Kenering yang menjejaskan Kampung Sumpitan, Kampung Tampan Air dan Kampung Labik.

DiPERLISpula, banjir yang melanda bahagian utara negeri itu menyebabkan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan pagi tadi, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis.

DiKELANTAN, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat 1,550 orang kepada 22,259 orang petang ini berbanding 20,709 mangsa pada tengah hari tadi.

Menurut Portal Banjir kerajaan negeri Kelantan, mereka ditempatkan di 95 pusat pemindahan petang ini, meningkat 10 pusat pemindahan berbanding tengah hari tadi.

Jumlah mangsa banjir tersebut daripada sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, dengan Kota Baharu dibuka semula pusat pemindahan selepas ditutup malam tadi.

Helikopter terpaksa digunakan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Gua Musang dan Jeli hari ini.

Lima sungai di Kelantan masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Galas di Dabong, Gua Musang; Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang; Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah.

DiTERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda apabila jumlah mangsa terjejas meningkat 672 orang daripada 11,731 orang pada tengah hari tadi kepada 12,403 orang melibatkan 2,966 keluarga yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan setakat pukul 4 petang ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mendahului dari segi mangsa iaitu 5,592 orang diikuti Kuala Terengganu 2,803 orang, Dungun 2,665 orang, Hulu Terengganu 648 orang, Besut 590 orang, Marang 94 orang dan Setiu 22 orang.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Berang di Kampung Menerong Hulu Terengganu, Sungai Besut di Kambung La, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sunai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Telemonong di Kuala Pinang Hulu Terengganu, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Kemaman di Jambatan Ban Ho, telah melepasi paras bahaya.

DiPAHANG, mangsa banjir meningkat hampir sekali ganda kepada 4,729 orang daripada 1,163 keluarga di enam daerah petang ini berbanding 2,555 orang daripada 598 keluarga tengah hari tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua daerah terbabit menunjukkan pertambahan bilangan mangsa banjir dengan daerah Kuantan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 2,704 orang daripada 708 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Maran melibatkan 1,187 orang daripada 274 keluarga di 11 pusat pemindahan, Lipis (470 orang daripada 107 keluarga di 10 pusat), Rompin (227 orang daripada 50 keluarga di tiga pusat), Jerantut (113 orang daripada 18 keluarga di 10 pusat) dan Pekan 28 orang daripada enam  keluarga di satu pusat), katanya kepada Bernama.

Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis dan Jerantut-Kuala Tahan.

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di empat batang sungai utama di Pahang masih kekal melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai Pahang di Sungai Yap, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Kuantan Bypass.

DiSABAH, keadan banjir di Tenom bertambah baik apabila hanya tinggal 19 mangsa di pusat pemindahan petang ini berbanding 194 mangsa tengah hari tadi manakala di Beufort jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang , pertambahan 70 orang daripada tengah hari tadi.

Jumlah korban banjir masih kekal empat orang setakat ini.

Bagaimanapun, mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika mandi di sungai di Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu 14 Dis ditemui di pesisir Pulau Kapas semalam (22 Dis).

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman pula dikhuatiri lemas di Kuantan hari ini selepas terjatuh di Sungai Lembing manakala mayat seorang lelaki yang hilang di Pantai Kampung Baru Gebeng di Kuantan ketika memancing Ahad lepas ditemui kira-kira 2.5km dari tempat kejadian, pagi tadi.


7 lalgi laluan ditutup di Kelantan
Bernama |Kemas kini:Disember 23, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 23, 2014 22:54 MYT)

Tujuh lagi laluan ditutup kepada semua kenderaan di Kelantan
Orang ramai terpaksa menggunakan bot sebagai medium pengangkutan untuk meneruskan perjalanan di Kelantan. - Foto BERNAMA
KOTA BAHARU: Tujuh laluan lagi ditutup kepada lalu lintas, menjadikan kesemuanya 22 laluan di lapan jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang semakin buruk malam ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, laluan yang ditutup itu ialah di KM0.6 Gua Musang yang menghubungi Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai.

Di Kuala Krai pula jalan yang ditutup ialah KM0.7 Jalan Ghucil ke Batu Balai, KM66 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang dan KM100 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai-Gua Musang.

Di Machang, tiga laluan yang ditutup ialah Jalan Kampung Paloh Rawa-Temangan di Kampung Belukar Panjang, Jalan Kuala Sat-Kelaweh dan Jalan Kampung Kemuning-Sungai Merkam.

Menurut portal itu dengan penutupan tujuh laluan terbabit, setakat ini sebanyak 17 laluan telah ditutup.

Sebanyak 10 laluan yang telah ditutup sebelum ini ialah di KM37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai) dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).

Di Tumpat, satu laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah KM8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti manakala di Tanah Merah melibatkan KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di Pasir Mas, tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan KM23 Jalan Banggol Kulim.

Di Machang dua laluan iaitu di KM8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata dan KM6 Jalan Kubor Cina-Temangan ditutup kepada semua lalu lintas.

Sementara itu lima laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM3 Jalan Pengkalan Rakit di Pasir Mas, di KM37 Jalan Jeli-Dabong, di KM10 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan.

Dua laluan di Tumpat yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah di KM2 Jalan Keselamatan (KESBAN) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu dan KM3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan sedikit penurunan daripada 22,259 mangsa petang tadi kepada 21,601 orang malam ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa