Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 23, 2014

Ooo......Pulak Dah. Jadinya Nik Amar Memandai-Mandai?

'JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud' 
6:58PM - 23 Dec 2014 - mk

Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.

Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.

Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.

Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat


Dan ini pula kata Khalid Samad
PAS Kelantan tidak pernah bincang dengan jawatankuasa pusat tentang enakmen hudud 
OLEH EILEEN NG
Published: 23 December 2014

Kerajaan PAS negeri Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen pelaksanaan hudud dengan Jawatankuasa Pusat parti tersebut.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir 15 Disember baru-baru ini.
"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.
"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mesyuarat jawatankuasa tersebut berlangsung sehari sebelum Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipanggil pada 29 Disember bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau tidak melihat kemelut tersebut akan menggugat hubungan dalam Pakatan Rakyat khususnya dengan DAP.
Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.
DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.
Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya ketika berlaku krisis menteri besar Selangor. – 23 Disember, 2014.

6 comments:

  1. Tak payah sebuk pasal hudud.
    Banjir kat Kelantan tiap tahun makin teruk tu amaran dari Dia.
    Niat menyimpang dan menjual ugama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pas nak jual agama. kenapa tak sokong hudud sedangkan undang 2 ni ada dalam al quran. yang sedihnya orang islam sendiri tak sokong undang2 islam.. banjir tu dah ditetapkan allah jgn kita mengaitkan dgn yang lain2 dan satu lagi memang dah cuaca di malaysia macam tu.. maknanya kalau negeri tu tak kena bencana alam negeritu baguslah. jgn sempitkan pemikiran..

      Delete
  2. Sah doh bahalol bebudak Tok Nik ini....

    Macam mana dapat kerja nih , sah doh bahalol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap2 panggil orang bahalol. cermin diri dulu. orang yang nak menegakkan undang2 Allah sepatutnya kita sokong ni tidak kita kutuk. kenapa takut ke kalau undang2 ni dijalankan? mcm ada buat salah je..semoga dibukakan hati untuk menerima ajaran islam sepenuhnya..

      Delete
  3. Abe

    Bakpo eh ambo dok kejut?.....malah ambo dah jangka akan ado masaalah besar bila Nik Amar camportangan, cumo ambo tak tahu masaalah atah butir mana sebab ambo xde kasyaf seperti sesetengah tok lebai PAS.

    Kini kita sudah semakin jelas arah tuju hudud kelantan yang diketusi oleh Nik Amar. Sekarang timbul pulak satu masaalah yang dicipta sendiri akibat tuan presideng PAS mengamalkan kepimpinan ala cowboy ala wild wild west ( cerita cowboy).

    Tapi dimana tuang presidengggggggg?......ada ke takde dalam negara? Ke dah pergi makan angin keluar negara lagi? Tidakkah dia sudah patut bersuara sekarang dan menunjukkan kepimpinan yang berwibawa untuk menghadapi taufan hudud kelantan ciptaan Nik Amar ini? Ini tanggungjawab paling asas tuang presideng....menunjukkan kepimpinan yang hebat, sehebat ceramahnya apabila parti akan menghadapi masaalah besar.

    Dok rok cetong kalu jawatang nok, keistimewaang jawatang nok tapi tugas dan tanggungjawab jawatang xnok. Inilah bahana kepimpinan yang lemah.

    ReplyDelete
  4. Anon 8:16

    Faham ke tak faham apa isu sekarang. Takde sesiapa pun menentang usaha menegakkan hukum hudud. Tak cukup dengan niat baik sahaja untuk menegakkan hukum hudud ini tetapi petlaksanaannya tidak betul dan memang akan gagal kerana kita hidup fialam nyata. Kita tidak hidup dialam magic. Niat baik je, selawat 3 jali, tiba2 terjadi apa yang diniatkan. Kita juga tidak hidup dialam imiginasi. Apa yang kita niat kita laksanakan dalam imiginasi kita sorang.Nampak cantik, nampak hebat, nampak gah....tetapi hanya dalam imiginasi sahaja!

    Cerita sekarang usaha Nik Amar dan PAS Kelantan dibuat tanpa restu dan sokongan PAS Pusat. Lain yang dimaklumkan kepada PAS Pusat lain yang Nik Amar buat. Lain arahan PAS Pusat lain yang Nik Amar pi buat. Yang lebih teruk, Nik Amar tidak melibatkan PAS Pusat dalam setiap langkah yang dibuat hingga kini.Dia buat diluar kerangka parti, tanpa backup parti, senyap2 dengan gengnya. Jangan kata hudud ini urusan kerajaan negeri bukan parti kerana mandat kerajaan negeri itu mandat parti. Jauh sekali mandat PRU 13 itu mandat petibadi kepada Ahmad Yaskob dan Nik Amar!

    Jadi sekarang ini, agak-agak niat yang baik untuk menegakkan hukum hudud di krlantan ajan berjalan lancar atau tidak? Adakah niat yang baik sahaja sudah .menhadi lesen besar untuk buat secara senyap-senyap dan dalam gelap? Ini isunya. Paham ke tak paham?

    Yang paling memualkan, bukan sahaja PAS Pusat tidak diberi penetangan dan penjelasan tentang cara perlaksanaan hudud yang ajan dilaksanakan nanti, rakyat kelantan pum tidak diberi penjelasan. Jauh sekali bertanya sekali lagi meteka betsedia atau tidak untuk dihukum dengan hukum hudud nanti bioa diluluskan. Apa Nik Amar ingat rakyat kelantan ni tunggul pokok getah ke. Kepala dan tangan meteka yang akan dipotong nanti tetapi meteka tidak dibeti penerangan yang jelas dan terang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa