Dato Husam Musa seharusnya berfikir jauh ke depan dalam soal berpolitik. Datuk tidak seharusnya memaki baju yang lama sekiranya telah lusuh dan compang-camping keadaanya. Apatah lagi memakai baju tersebut lebih menampakkan diri menjadi semakin tidak terurus. Baju yang carik dan lusuh walaupun masih dipanggil baju, namun ia tidak sama dengan baju yang lama dan lusuh tetapi masih terang warnanya, masih ampuh benangnya, masih kuat strukturnya sepertimana baju tersebut dijaga di sepanjang kehidupan Almarhum TGNA. Baju yang ada pada hari ini merupakan baju yang carik, koyak rabak dan telah terpalit dengan pelbagai sisa najis bermula najis Muttawasitah sehinggalah ke najis Mukhalazah.
Berada dalam parti lama barangkali itulah yang terbaik di minda. Apalagi visi, misi dan objektif masih sama dan belum berubah. Yang berubah adalah para pimpinanya. Kalau dahulu Pas menjadi ikutan dan idola anak muda dan marhaen yang mempunyai semangat juang dan jiwa yang kental untuk melihat sebuah Kerajaan Baru menggambil alih Putra Jaya menjadi kenyataan. Tetapi semenjak tercetusnya dahagi di dalam Pas antara dua ketumbukan pimpinan utama, jelas sekali sokongan anak muda, ahli Pas dan pengundi atas pagar telah berubah dari menjadikan Pas sebagai suatu wasilah politik sebagai wahana Kerajaan Menunggu dengan menukar arah mencari pohon yang lebih bermakna, dahan yang lebih teguh dan ranting baru yang ampuh untuk menjadi tempat bernaung dan berpijak.
Dato Husam adalah seorang pemimpin yang dilihat sebagai ikonik rakyat. Nama Datuk menjadi sebutan dan harapan serta idola anak-anak muda khususnya.
Manhaj dan doktrin perjuangan Datuk disanjungi oleh pendokong yang melihat dan menilai kemampuan Datuk dengan akal yang sempurna. Mereka menilai dengan perasaan luhur dan neutral tanpa apa-apa kepentingan. Penilaian mereka jauh lebih berharga dari penilaian pimpinan parti yang sekadar mencorak masa depan masing-masing untuk menentukan sokongan kepada pimpinan mana yang dapat membawa mereka untuk bersama-sama merebut sebarang Ghanimah yang bakal diperolehi.
Sayangnya, parti yang dianggotai Datuk tidak pernah menghargai kemampuan, keunikan, keberanian dan kebijaksanaan jiwa fikir beliau. Selepas Murrabi TGNA kembali kepada Pencipta, kelihatan seolah-olah Datuk telah cuba sedaya upaya untuk di peti sejukan. Segala sumbangan dan buah fikiran baik berupa keringat, tenaga, wang ringgit, masa dan segala-galanya ingin dihapuskan dalam kamus perjuangan Pas. Dendam kesumat yang telah lama mengalir di dalam darah pimpinan Pas yang tidak sebulu dengan Datuk telah tuntas dilaksanakan. Satu demi satu jawatan sama ada di peringkat parti dan kerajaan di tarik keluar dari susuk yang bernama Husam.. Itulah hadiah yang paling bermakna utk Dato Husam sebagai membalas jasa sumbangan beliau di dalam Pas selama ini.
Sejujurnya, masa depan politik Dato Husam tiada lagi dalam Pas. Tunggulah sahaja Pru 14 nanti. Besar kemungkinan nama Datuk akan tiada dalam senarai pencalonan parti. Kalau hari ini pun Datuk diperlakukan sedemikian rupa, bukanlah terlalu susah untuk mematikan karier politik Datuk sekiranya Datuk masih berada di dalam Pas. Tiada gunanya ingin mati di dalam Pas sekiranya ruang untuk bersama-sama membawa Pas ke mercu kejayaan dan seterusnya ke Putra Jaya cuba ditutup sebaik mungkin oleh pimpinan Pas yang ada pada hari ini.
Dato Husam ialah pemain politik yang punyai ramai pendokongnya. Terbukti, namanya menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sebagai pemimpin masa depan negara. Umno juga mempunyai pandangan sendiri terhadap Dato Husam. Seorang jeneral perang yang hebat dan bijak memimpin. Di Kelantan, hanya dua tokoh yang paling menjadi igauan ngeri buat Umno Negeri iaitu Alamarhum TGNA dan juga Datuk. Sekiranya kedua-dua tokoh ini tiada dalam kepimpinan Negeri dan Negara, beban untuk menawan Kelantan hampir 50 % berkurangan. Itulah kenyataan walaupun pahit tetapi seharusnya diterima secara muhasabah.
Rasa sayang Datuk kepada Pas memang tiada siapa yang dapat menafikan. Tambahan pula Datuk merupakan antara watak-watak penting yang banyak mengangkat nama Pas di persada tanah air. Mungkin Datuk berpegang kepada kata-kata " Jangan di tanya apa yang negara berikan kepada aku. Tetapi tanyalah apa sumbangan aku kepada negara".
Bercita-cita untuk membaiki Pas dari dalam bakal menemui jalan yang sama seperti DS Anwar Ibrahim. Ia tidak ke mana. Pas hari ini bukan lagi seperti Pas yang pernah kami kenali. Dulu, usrah, tarbiyah dan kasih sayang menjadi maudud terbesar dan terpenting dalam doktrin parti. Hari ini, Pas penuh dengan pimpinan yang hipokrit dan hidup dalam kemewahan. Pas hari ini tidak ubah seperti Parti Pemerintah yang kadang-kadang menghukum pemimpin dan ahli yang tidak sebulu dan sependapat dgn pimpinan. Kalau Umno sanggup menggunakan Sosma utk pemimpinya bagi mempertahankan kobobrokan pemimpin mereka, Pas pula dilihat sanggup menggunakan Syurga dan Neraka bagi menghukum ahli dan pimpinan yang berbeda pendapat.
Untuk Dato Husam, berfikirlah dengan bil hikmah. Seandainya Dato punyai lagi semangat, deria rasa, peduli dan rasa tanggungjawab untuk membawa rakyat terbanyak menuju kehidupan yang lebih bermakna, tempat dato tiada di situ. Pilih lah apa2 wadah sekalipun, pasti nama Dato akan diberi perhatian dan harapan untuk memimpin rakyat. Andainya Dato masih berpegang di dahan yang rampuh seperti hari ini, Dato juga akan menjadi seperti Almarhum Tun Ghafar Baba yang akan menjadi sepah setelah madu dihisap. Pandu dan pimpin lah kami dengan jiwa yang berani dan bukan lagi jiwa pasrah seperti hari ini. Ingatlah, perjuangan itu harus diteruskan biarpun diri digelar pengkhinat kerana pada akhir episod pastinya kemanisan jua akan dirasai setelah penat menelan jadam sepanjang jalan berliku....
Selamat berjuang datuk. Semoga Allah merahmati perjuangan kita.
Ust Wan Jazman
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Kah kah kah ........... terdengar suara halus bisikan menghasut ........ mmg puak2 macai dan balaci Dap pakar dlm menghasut dan mengapi2kan seumpama sejenis makhluk halus dpd api ........ semoga saudara Husam terus tabah spt sabda Nabi saw yg bermaksud "......... pada akhir zaman nanti memelihara agama seumpama mengenggam bara api ......." ....... dan inilah zaman tersebut ! Nauzubillahi minaaSyaitanir Rajim !
ReplyDeleteBiarkan Husam dengan pendirianya sendiri.dia yang tahu ,dia yang memahami.dia yang merasainya dan dia juga akan medapa laba atau bala.Kita harap berharap dan allah akan menetukan dengan ada akal untuk berfikir dengan matang.
ReplyDeleteTaniah YB anda adalah pimpin terbaik dan beristaqamah dengan PAS parti yang constant menegakkan ISLAM , walau pun pahit . teruskan .jangan jadi pada sahbat2 yang mahu jadi dunia mereka yang punya.
ReplyDeletekalau keluar pas tak islam kah....udahlah olarmak pas....balak adha ambiel....koxhek adha mashuuk....kalau masuk pkr tanggal iman kah....maauk amanah jadi apa pulak...uuuuullllarmaaak punya fuxktua...
DeletePas menambah 1 lg Sbb utk dijatuhkn d klantan
ReplyDeleteKemenangan utk beringin rendang
Politik brainstromming....berjaga lah wahai uluamri pas..setiap perbuatan akan dibalas setimpal jua...yg bena masjid tk mesti masuk surga...yg bena pub hampir pasti masuk neraka..walau ada 10 rumah anak yatim dia punya...haha
ReplyDeleteAnon 2:13 PM
ReplyDeleteLebih baik kamu mengucap lain kerana selama ini kamu dah menggangap PAS sebagai sebuah agama setaraf Islam rupanya? Rasulnya pula siapa?
YB dah dpt jawpan dr kerajaan negeri?
ReplyDeleteKamu perlu Hijrah Husam....... Hijrah adalah sunnah Rasul. Kamu tak perlu lagi bersama parti yang tiada maruah dan menjual agama untuk kepentingan peribadi (seperti Nik Balak yang membalak bersama Ulama Hudud di Kelantan).
ReplyDeleteDi zaman ini maruah sudah boleh di pandang dari pelbagai persepsi dan bukan hanya dari mata para pemimpin munafik PAS sahaja. Rakyat tidak berparti jauh lebih hebat memberi pandangan dan pendapat dari mereka yang terkongkong di bawah parti yang mencekik tengukuk ahli yang ingin membawa angin perubahan. Islam itu adalah Cara Hidup untuk ummah dan bukannya cara untuk menjahanamkan ummah.
Dato' Husam orang bijak berpolitik. Sblm ni ramai ke Amanah.. tetapi terdapat 'figure' ke PKR. Terdiam Hadi. Pi Amanah.. dia kata pengkhianat. Pi PKR.. diam pulak. Sekarang Husam declare kekal dlm PAS.. lagi pening PAS esp Mat Yaakob Al-Balaki dan Nik Amar Al-Roveri. Susah la nak 'tunjal' YB Husam.& laaaaagi susah nak 'tebas' balak Kelantan sesuka hati. Surat terbuka pasal khianat balak khazanah Kelantan (hak ke atas balak juga hak mangsa banjir) lom lagi dijawab. YB Husam bersama NGO berjsya menggerakkan pembinaan rumah kpd mangsa banjir... Mat Yaakob & Amar dok buat apa??? Tahniah Dato' Husam... declare kekal dlm PAS & secara berterus-terang menerima kehadiran AMANAH. Perghhhhhh.... ' pasti ada yg akan terus menyalak kat Dato' Husam ni..
ReplyDelete