Syah Hairizal Kamalul Arifin, Astro Awani | Oktober 09, 2015 20:04 MYT
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan pihak yang terlibat mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar tidak mencalar imej sendiri dan juga negara.
Kenyataan itu dibuat ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan, Datuk Dr Lim Thuang Seng susulan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa mahu melempang orang Cina.
"Saya rasa dia perlu mempertimbangkan semula, jika dia berkata begitu maka dia juga perlu berani mengakui apa yang diperkatakannya dan ini memberi imej buruk kepada dia dan juga kepada Malaysia," katanya pada sidang media memorandum yang akan dihantar parti itu ke Jabatan Perdana Menteri berhubung Jawatankuasa Konsultatif Nasional Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Terdahulu dalam laman web Parti Gerakan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, mendesak agar BN dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin parti komponen yang bersalah mengeluarkan kenyataan perkauman.
"Lebih baik tubuh Jawatankuasa Lembaga Disiplin untuk mengatasi isu sebegini (perkauman). Ini seharusnya diselesaikan di peringkat BN. Kepimpinan tertinggi kena kaji apa yang berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini," katanya.

Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat Tajuddin itu sekiranya benar, seolah-olah menunjukkan beliau mahu menjadi seperti hero.
"Dia seperti mahu menjadi hero sedangkan sebagai pemimpin BN, dia sememangnya tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.
klu dinegara maju org mcm tajuddin @ bung ni jauuuuh sekali nak layak jd menteri. paling kuat layak jd ketua kampung ............ di m'sia!!
ReplyDeleteAku setuju sgt, naik jadi pemimpin kerana kebodohan rakyat
DeleteAku setuju sgt, naik jadi pemimpin kerana kebodohan rakyat
DeleteMenteri bodoh dan bebal hasil undian rakyat kawasannya yang tolol dan bangsat..
ReplyDelete