DAP hilang sokongan Melayu dan Cina kerana terlalu angkuh
Pas menasihatkan pemimpin DAP supaya menjaga Pulau Pinang dengan baik untuk mengelak jatuh ke tangan BN pada PRU14.
PETALING JAYA : Pas menyelar kritikan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang menyatakan bahawa parti itu akan kehilangan sokongan di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya DAP yang akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikap angkuhnya dan suka mencampuri urusan parti lain.
“Saya nasihatkan Tony Pua dan DAP supaya menjaga perlakuan dan pastikan kerajaan Pulau Pinang sekarang kekal.
“DAP akan hilang sokongan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi Cina kerana sikapnya yang angkuh dan suka mencampuri urusan parti lain,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang menyatakan Pas kini kehilangan sokongan termasuk di Kelantan, negeri yang diperintah parti itu sejak sekian lama.
Tony Pua turut berkata, tiada sebab untuk rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui lagi kerajaan negeri itu.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad meminta Tony Pua muhasabah diri dan memikirkan kembali siapa sebenarnya musuh DAP.
“Hendak tanya Tony Pua musuh dia siapa?BN atau Pas? Jangan hilang fokus,” katanya ringkas.
Diantara Pulau Pinang dan Kelantan, Kerajaan PAS Kelantanlah yang paling lemah dan berkemunkinan akan rebah di PRU 14 nanti ditangan UMNO. Sementara di Pulau Pinang pula DAP akan terus mengekalkan kerajaannya disitu. Pemimpin Kelantan patut berasabah diri dan jangan asyik syok sendiri.
ReplyDeletepaspupushit
DeleteBahalol tetap Bahalol
ReplyDeleteDi ingat Bangsa Cina tu Bahalol macam Bangsa Melayu
Cina ini bangsa ber satu walau Bahalol pon tetap bersatu dan bersama sama maju bangsa sendiri
Bila Pemimpin itu Bahalol , di sangka Rakyat semua nya ikut Bahalol dengan nya
Si Bahalol lupa bahawa rakyat lah tanggung makan minum gaji elaoun tuk kerja dan tanggungjawab tak berapa milik Si Bahalol tadi
Apa kah ini ajaran Nabi SAW ????
Ulamak apa jenis kah ini dan apa kah tahap kualiti Ulamak se tanding Unta dan Keldai????
Ambo pening doh.....
Ingatkan dalam UMNo saje ada orang gila, dalam PAs pun ade juga!!! Ramai pulak tu!
ReplyDelete'ulama' syok sendiri. hari2 dok ingat range rover dan balak? nampak gaya satu penggal sj tim mb.
ReplyDeleteTidak diketahui kebodohan kita sehinggalah kita berkata-kata
ReplyDelete