PKR buka keahlian Pakatan Harapan kepada PAS, PSM, parti Sabah, Sarawak
OLEH RAM ANAND
Published: 11 October 2015 8:47 PM
Pemimpin-pemimpin parti komponen Pakatan Harapan semasa sidang meja bulat 22 September lalu. Parti PKR, yang diketuai presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk, dua dari kiri) kini berkata parti PAS dan PSM dijemput berganding bahu dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2015.
Keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan hari ini.
Resolusi itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.
"Kami membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai kami," katanya.
Mesyuarat tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri.
"Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan cuba masuk campur urusan parti lain.
"Jika kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk menawan Putrajaya," katanya.
Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang sama.
"Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti," katanya.
Presiden dan MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak. Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah:
* PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;
* PKR akan mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.
* PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu. – 11 Oktober, 2015.
Setuju dgn pendirian PKR 'kecuali' hasrat untuk memasukkan PAS yg terbukti jelas mutakhir ini merupakan parti yg membuat onar, menjadi gunting dlm lipatan, pepat di luar rencong di dlm, musuh dlm selimut, hipokrit dll yg sewaktu dgnnya, yakni selepas ketiadaan TGNA. PAS kini tidak layak langsung dijadikan kerabat!!! Itu shj...
ReplyDeleteHaji azmin ni tak gheti bahasa ke........kan hj hadi dah kata, tak nak join........
ReplyDeleteJgn marah azmin. PKR buka keahlian utk semua termasuk pas. Pas tak mau lagi senang kerja. Dah dijemput tapi masih menolak. Selesai tugas Azmin.
DeletePakatan Harapan (PH = Punah Habis)
ReplyDeleteYeahaaaa ! ada ngak ada yg penting kita ketawa ! Sekarang PAN de tat sapa tahu besok coup de tat ! dibilang macai ngak juga ! dibilang barua ngak juga !
ReplyDelete