UPDATED: Oct 13, 2015 08:28pm
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) membawa keluar bungkusan berisi rangka kanak-kanak dipercayai antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas di Sungai Perias pada 10 Oktober lalu. - Foto Bernama
Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi anggota pasukan penyelamat semasa mengeluarkan mayat Sasa Sobrie, 8, yang ditemui terapung dan tersangkut di ranting kayu dalam Sungai Perias.
Menurut Koperal Nicholas Langit, 30, beliau adalah salah seorang anggota penyelamat yang meredah arus deras bagi mengeluarkan mayat Sasa.
Katanya, dia bersama 16 anggota penyelamat lain ditugaskan untuk mengeluarkan mayat Sasa selepas ditemui oleh penduduk kampung.
“Keadaan arus sungai yang deras dan dalam menyebabkan kerja mengeluarkan mayat menjadi sukar.
“Malah saya sendiri terminum air mayat apabila tergelincir ketika proses mengeluarkan mayat Sasa namun ia tidak pernah melunturkan semangat saya untuk meneruskan operasi ini,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini, hari ini.
Koperal Nicholas Langit, 30, antara anggota penyelamat yang meredah arus deras bagi mengeluarkan mayat Sasa. – Foto TRP/Mohd Zulhairie
Beliau berkata, sebaik dimaklumkan perkara itu, dia bergegas ke lokasi dan mendapati kedudukan mayat berkenaan tersangkut pada sebatang kayu.
“Untuk turun ke sungai itu saya perlu meredah pelbagai rintangan termasuk akar kayu yang besar dan bukit.
“Kami mengambil masa setengah jam untuk turun ke sungai kerana ketinggiannya 30 meter.
“Sebaik turun, saya mendapati air sungai terlalu dalam dan deras sehingga rakan setugas saya hampir dihanyutkan,” katanya.
Beliau yang terlibat dalam operasi berkenaan sejak 51 hari yang lalu, berkata ketika ditemui mayat itu masih dalam keadaan sempurna.
Katanya, hanya berbau sedikit saja mungkin berada di dalam air terlalu lama.
“Mayat berkenaan juga dalam keadaan pucat, dan mukanya terendam di dalam air,” ujarnya.
Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, hanya Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, berjaya ditemui pasukan penyelamat.
Namun, polis telah mengesahkan Sasa Sobrie, 8; dan Ika Ayel, 9, meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang.

Mereka yang terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8, dan Haikal Yaakob, 8.
Ini lah prkerja Rakyat yang patut hargai
ReplyDeleteHarta nya bukan BILYON BILYON tetapi hati nya dan sayang nya pada Negara dan Rakyat TRILYON TRILYON nilai nya
Tahniah !!!!!!!!!
Saya bangga dengan Tuan Nicholas.....
Begitulah manusia yg dijadikan Allah. Yang bernama Nicholas ada yg berperinsip mulia, ada yg jahat. Manusia bernama Ibrahim, Yusof, Khalid ada yg zalim dan ada yg adil. Kebaikan sesaorang tu bukan terletak pada kulupnya yg bersunat saje, yg tak sunat pun ramai yg baik.
ReplyDeleteHuhuhuhuhuhu.... Pasal kulup pun kena komen yea...
ReplyDelete