Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 13, 2016

1MDB nafi dakwaan Rafizi

1MDB nafi dakwaan Rafizi mengenai sukuk Bandar Malaysia
13 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
1MDB mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab'  sedangkan hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik.

 1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR, semalam yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.

"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," katanya dalam kenyataan pada hari sama seperti di petik Bernama.

Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.

Jelas 1MDB lagi, Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.

Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB.

1 comment:

  1. Dah agak pun. 1MDB ada jawapan tepis.
    Kalaulah dana yg dipinjam telah diguna tanpa tiris tak kan ada masaalah.cash flow sehingga terpaksa menjual tanah "kurnia". Atau mungkin itu perancangan Najib dari mula. Sapu prime land dari kerajaan dgn harga ciput dan jual pada harga nilai semasa. Untung berlipat ganda masuk poket. Inikah "rakyat didahulukan"?
    Will the culprits live happily with all the curse from rakyat? Sialan semuanya..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa