NIZAM ZAIN - 13 JANUARI 2016
Rafizi Ramli. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata prestasi ekonomi negara sebenarnya berada dalam kawalan kerajaan Umno-BN susulan setiap keputusan yang memberikan keuntungan atau kerugian kepada negara dibuat oleh pentadbiran Najib dan setiap Perdana Menteri sebelum itu.
“Bagi negara yang ada kekayaan minyak, masa kaya, wang itu perlu disimpan dengan baik untuk menghadapi harga jatuh. Ketika harga minyak naik selama 11 tahun lalu, dia (Najib) telah berbelanja dengan boros wang yang sepatutnya digunakan untuk berhadapan masa susah.
“Bila harga minyak jatuh, mereka tak boleh nak ubah keborosan itu, jadi terpaksa menyusahkan rakyat dengan mengenakan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan menaikkan harga barang dengan memotong subsidi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin bahawa faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.
Mengulas lanjut, Rafizi selaku Ahli Parlimen Pandan juga berkata, pentadbiran Najib juga didakwa menghapuskan pemberian subdisi sejak 2010 ketika harga minyak dunia melambung tinggi.
“Sekarang dia (Najib) nak bagi alasan, rakyat susah kerana subsidi dihapuskan, perkenalkan GST, semua ini kononnya keadaan di luar (negara) teruk dan harga minyak jatuh.
“Tahun 2010 harga minyak naik mendadak, masa itu Malaysia kaya, (tapi) dia hapus subsidi juga,” katanya lagi.
binatang najib dan menteri menteri yang jadiannye dari air mani kandy puty ini apa mereka nak peduli janji boleh sapu harta negara.budak nak belajar mampos tak makan kena buasit ke mereka peduli apa.
ReplyDeleteKerja2 lahanat ! ABU !
ReplyDeleteLayar sudah di kembang , Sauh sudah di labuh
ReplyDeleteMat Bahalol nak chabut lari ke Sulawesi lah
Mat Bahalol apa ada kesah Rakyat makan taugeh
Bodoh saja
dah lah perintah Allah tak mau pakai
ReplyDeletetambah pulak perangai tak amanah
abis punah ranah
itulah manusia lengah dari peringatan Allah
Memanglah dia bengong dan boros, yang hendak beri nasihat pun dua kali lima juga. Setelah berpadu kedua pihak itu nanti, jika ikut hukum matematik ulam-ulaman, maka negatif kali negatif maka hasilnya jadi positif. Itulah sebabnya puak berkenaan nak berpadu sangat, niat dihati hanya hendak menjadikan kedua-dua negatif bertukar kepada positif.
ReplyDeletePssst...yang aku beritahu ni adalah sifir congak Wan Rosli. Kah kah kah.....
Org tua2 kata, tak tau menari dikata papan jongkang-jongkit
ReplyDelete