Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 15, 2016

Bangang atau POYO?

Dah jadi melalut dan karut marut........
Kalau dah bersahabat dengan UMNO
Penting sangatkah PAS pada PH?
Automatik PAS adalah musuh PH
Atau hanya PAS yang anggap dirinya penting?
Kalau dah jadi anjing liar yang kawan makan kawan, siapa nak percaya?
Ditilik pada rekod yang lepas, PAS adalah jenis sokong bawa rebah!

Perjanjian Pakatan Harapan tidak akan kekal lama kerana tidak dimeterai di hati - PAS
Perjanjian Pakatan Harapan tidak akan kekal lama kerana tidak dimeterai di hati - PAS
DR MOHD ZUHDI: Janji yang termeterai dalam Pakatan Harapan akan jadi perkara yang samalah yang terjadi dalam Pakatan Rakyat dahulu. Ia tertulis untuk buat begini, dan buat itu, namun ia tidak tertulis dalam hati.- Foto Astro AWANI
BATU CAVES: "Perjanjian yang dimeterai dalam Pakatan Harapan pada Sabtu tidak akan berkekalan lama."

Itu jaminan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Menurutnya, apa yang dimeterai Pakatan Harapan hanya sekadar cakap sahaja memandangkan setiap parti dalam pakatan tersebut seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Rakyat, mempunyai agenda tersendiri.

"Janji yang termeterai dalam Pakatan Harapan akan jadi perkara yang sama terjadi dalam Pakatan Rakyat dahulu. Ia tertulis untuk buat begini, dan buat itu, namun ia tidak tertulis dalam hati.

"Ia hanya akan tertulis sahaja memandangkan hati masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri," tambah Dr Mohd Zuhdi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Khas Presiden PAS di Kolej Univerisit Islam Zulkifli Muhammad Taman Melewar, di sini hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh  kira-kira 200 pemimpin PAS peringkat negeri.

Katanya, apabila Pakatan Harapan tidak lagi menggunakan fasal bersetuju untuk tidak bersetuju, ia adalah satu perkara yang mustahil untuk direalisasikan, terutama dalam gabungan berkenaan.

"Sebelum ini dalam pakatan rakyat dulu, kita 'Unity in Diversity', tapi bila dibuat begini, seolah-olah 'Unity in Everything' iaitu sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

"Mustahil manusia bersetuju dalam semua perkara. Mustahil," tegasnya.

Bagaimanapun, gabungan yang dimeterai dalam Pakatan Harapan, tidak menjejaskan hubungan PAS dan PKR, kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai hubungan tahaluf, katanya.
"Tapi kalau PKR terus menikam belakang kita, kita akan lihat perkembangan seterusnyalah macam mana," tambahnya.

Sementara itu, naib presiden PAS, Idris Ahmad berkata taklimat berkenaan tidak berbincang khusus mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Kita lebih berbincang mengenai isu-isu semasa sebagai parti politik, macam mana kita mahu belasah UMNO dan Barisan Nasional. Tidak bincang khusus mengenai PRU-14," katanya

6 comments:

  1. Siapakah Dr.Mohd Zuhdi ini untuk persoalkan PH adakah dia sudah jadi jurucakap kepada UMNO sebab UMNO sendiri sudah lepas tangan untuk menyerang PH sebaliknya tugas itu telah dipertanggungjawabkan kepada PAS untuk menyerang PH.

    ReplyDelete
  2. Zuhdi...mentor d daerah muallim dari puak Penyelamat Asobiah SeMsi utk Umat Malay Nazk Otk.

    ReplyDelete
  3. Kesayangan DUPP,dalam senarai cai. Tunggulah kerosakan Pas setelah bermesra dgn pihak buah kedondong. Akar umbi masih yakin...tak adalah!mana ada? mana ada?

    ReplyDelete
  4. Kepada semua, mari kita tinggalkan PAS, biar tak.berparti adalah lebih baik daripada dipermainkan. Undi kita pada PAS selama ini telah dikianati, dipergunakan dan lari dari harapan kita. Jom keluar dari PAS. Wasalam.

    ReplyDelete
  5. pakat lain buat lain
    bagai beruk dapat belachan

    ReplyDelete
  6. Trojan horse planted by umno dlm pas..pernahkah korang pkir kenapa um atau moe tak amik action kat mamat ni walhal dia pnya jawatan besar dlm pas..lihat bgaimana porak peranda pas sekarang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa