FRIDAY, JANUARY 15, 2016
PAS manipulasi hadis untuk halang ahli meninggalkan parti
TIGA HADIS YANG SERING DIKESAN TELAH DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK PAS UNTUK MENGHALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI
1.Hadis : من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم (Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sebagai khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuhlah dia.) Hadis ini diletak oleh ulama hadis dalam bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dalam satu masa, maka perlantikan yang kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.)
2. Hadis: من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام (Sesiapa yang keluar jamaah islam walaupun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam daripada tengkoknya.) Hadis ini adalah merujuk kepada sesiapa yang keluar daripada jamaah umat Islam dalam sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dengan menentang ajaran dan hukum Islam yang sedang dilaksanakan dalam negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya.
3. Hadis: من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية (Sesiapa yang keluar dari jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliah.) Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yang tidak berada atau tunduk kepada sebuah kerajaan Islam, sekiranya dia mati, matinya seperti mati ummat di zaman jahiliah yang tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri-sendiri seperti nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing-masing.
PAS TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI "JAMAAH ORANG ISLAM" KERANA:
1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.
2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila-bila masa.
3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang keluar daripada jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad macammana?
4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tidak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar sahaja yang tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tidak masuk Pas seperti duduk dalam umno diharuskan?
Parti hanyalah alat kepada perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yang nak digunakan adalah tertakluk kepada maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kepada satu alat sahaja sepanjang masa.
Perjuangan menegakkan Islam diwajibkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kepada maslahat dan kesesuaian semasa.
Che Ibrahim Mohamed
Naib Pengerusi 2
Amanah Kelantan
- sumber
nak buat mcmna..depa ustaz kan..
ReplyDeletePAS bukan jemaah, jemaah apa kalau nak tubuh jemaah pun kena isi borang, tunggu kelulusan dr pejabat pendaftaran pertubuhan..
ReplyDeleteIstilah jemaah ni selalu dimain-mainkan dlm usrah PAS, dihasut-hasut ahli usrah sampai sehingga dianggap Jemaah PAS sama taraf dgn sembahyang berjemaah dan agama.
Ustaz jembalang..
ReplyDeletesay no to erdogan membunuh suuni kurdis mana ulama setan bisu
ReplyDeleteThe 1,200 academics had been accused of allegedly participating in “terrorist propaganda” after they signed a declaration condemning military operations against Kurdish rebels in the southeast.
News of the investigation was reported by Turkey’s state-run Anadolu Agency.
Around 1,200 academics from 89 universities, including prominent foreign scholars such as Noam Chomsky, David Harvey and Immanuel Wallerstein, signed the declaration, which was titled: “We won’t be a part of this crime.”
It called on the authorities in Ankara to end the “massacre and slaughter” in southeast Turkey and lift the siege of Kurdish towns and cities. The declaration also accused Erdogan of waging a war against his own people.
“The responsibility for the present self-inflicted crisis in the country must lie squarely with Erdogan, who perceives the Kurds… as obstacles to his plan to establish supreme rule for the Turkish presidency,” the declaration said.
http://www.almanar.com.lb/english/adetails.php?eid=250050&frid=22&seccatid=55&cid=22&fromval=1
Depa guna agama sesuka hati depa.. Mengajar tp dpa buat lain... Ni byk berlku.. Yg bercakap kat tv pun.. Suruh org jaga bini elok elok tp dia sendiri seksa bini sampai sakit jiwa le bini.. Semuanya untuk kepentingan diri as long as orang boleh ikut ckp depa.. Pa depa peduli.. Tu pasl xheran balak habis depa kerje kan.. Depa pegang agama utk depa dn bukan nya berpegang pada agama dgn mengikuti...
ReplyDeleteMan akhlak mereka elok.. Melalak mengata org tu dan ini... Sendiri rasa betul tp skrg dah tunggang langgang ... Allah byr cash.. Kat kg yg kurng ilmu terus ikut membabi buta... Mcm geng mno juga dgn taksub mereka.. Geng pas sama.. Depa patut bersama... Nahkhoda depa dah mbuk pil kuda tu pasal melalut tak tentu pasal skrg..
Sapa zuhdi.. Baik sgt ke akhlaknya?
Sepatutnya dulu TGNA angkat mamat Brahim ni jadi MB baru semua apa yang PAS lakukan tu betul....dasar pengkhianat bila tidak ada jawatan dan habuan maka jadilah seorang yang hilang pedoman.
ReplyDeleteAmboi wala unta. Sedap tuduh org khianat hilang pedoman. Ust. Ibrahim dipecat secara salah oleh nik amar. Mahkamah dah arah kjaan kltan bayar gantirugi rm200,000. Padan muka nik amar. Tk reti undang2 tp berlagak semua tahu. Hilang pedoman ialah pas chai sekarang. Haha. Lu baca lah sendiri. Jgn dok baca harakah. Dah jadi lidah umno. Haha
ReplyDeleteOramg BODOH untuk pemimpin BODOH
ReplyDeletePadan lah
Rata rata papa kedana miskin meminta minta FREE saja
Otak pon suka pau pau pau
Mat Kampau !!!!!!!!!!!