Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 21, 2016

Fitnah lagi?

SPRM enggan ulas dakwaan Najib guna kad kredit SRC


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas mengenai dakwaan terbaru laman web Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman web itu mendakwa perdana menteri menggunakan kad kredit yang didaftarkan di bawah SRC International semasa lawatannya ke Eropah pada bulan Ogos 2014.
"Saya tidak boleh mengesahkannya kerana siasatan sedang dijalankan," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk seri Mohd Shukri Abdull kepada Malaysiakini.
Sarawak Report mendakwa dua kad yang terlibat itu adalah kad Visa yang dikeluarkan oleh CIMB di mana RM449,000 dibelanjakan dan kad Master Card yang dikeluarkan oleh Maybank di mana RM2.8 juta dibelanjakan dalam perjalanan bulan Ogos pada 2014.
Laman itu juga membekalkan nombor kad kredit berkenaan.
Apabila Malaysiakini menjalankan carian dalam talian, didapati bahawa nombor BIN 528943 yang dikatakan milik Master Card Maybank adalah sebenarnya nombor yang diperuntukkan oleh Master Card platinum yang dikeluarkan oleh Ambank.
Bagi kad Visa dengan nombor BIN 458581, semakan mendapati ia adalah kad platinum Visa tetapi tidak ada butiran mengenai bank yang mengeluarkannya.
Begitu juga, dengan carian yang dijalankan oleh bogger pro-kerajaan Lim Sian See di mana dia mendakwa ia menunjukkan bahawa kedua-dua kad itu dikeluarkan oleh Ambank.
Sambil menuduh Sarawak Report terus menyebarkan fitnah, blogger itu berkata, tidak ada mekanisme untuk memeriksa siapa pemilik kad berkenaan atau jika ia benar-benar wujud.
"Ini mungkin ciptaan Sarawak Report juga memandang mereka boleh memalsukan bank-bank yang mengeluarkan kad berkenaan," katanya di Facebook merujuk kepada kesilapan itu.
Sarawak Report kemudian mengeluarkan penjelasan yang berbunyi: "SR berterima kasih kepada pembaca yang mempunyai mata helang itu kerana mengesan kesilapan pada maklumat asal berhubung pengeluar kad. Mereka mengenal pasti dengan betul seperti biasa AmBank, yang digunakan oleh SRC.
"Kami telah semak semula dengan sumber kami berhubung perkara ini dan mereka mengakui berlaku kesilapan dalam komunikasi.”
Sarawak Report mendakwa Najib menggunakan kad-kad berkenaan untuk membiayai perbelanjaan lebih daripada RM3 juta semasa di Eropah pada 2014.
Laman web itu mendakwa maklumat itu terkandung dalam kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM ke Jabatan Peguam Negara pada 31 Disember
"Antara yang dibiayai termasuk hotel, makanan, pembelian barang kemas dan perbelanjaan mewah peribadi lain di selatan Eropah, termasuk di Itali dan Monaco," petik laporan itu.
SPRM telah menyiasat dakwaan pemindahan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi perdana menteri di Ambank pada akhir 2014 dan awal 2015.
SRC International adalah milik Kementerian Kewangan dan juga bekas anak syarikat 1MDB.
Bagaimanapun Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan kepada SPRM dan meminta penjelasan lanjut berhubung siasatannya.
Isnin lalu, SPRM menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa suruhanjaya itu mencadangkan sejumlah 37 dakwaan dikenakan ke atas perdana menteri.
Najib menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi manakala pihak berkuasa mendakwa editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menggunakan dokumen yang dicuri,
Bagaimanapun, Rewcastle-Brown mendakwa bahawa serangan terhadapnya itu adalah untuk menutup skandal tersebut. Kerajaan juga telah menyekat akses ke laman web Sarawak Report.
Malaysiakini telah menghantar e-mel ke Pejabat Perdana Menteri dan SRC International untuk mendapatkan ulasan mereka berhubung dakwaan terbaru itu.
Walaupun percubaan berulangkali, kami gagal menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mendapatkan reaksinya.

3 comments:

  1. Bengong..
    Kalau siasatan sedang dijalankan,yg hantar lapuran kat peguam negara tu apa cerita?
    Apandi ni main tarik tali tunggu masa sbb dia akn pencen 11 feb ni bila cukup 65,
    Pastu shafee abdullah akan ganti.
    Semua lapuran kes siasatan bakal berakhir dlm tong sampah
    Oh msiaku

    ReplyDelete
  2. Cara depa ni mcm hidup selamanye dan tk akan masok kubor. Dlm kubor nnti hang jawab ler elok2 ye.

    ReplyDelete
  3. Schoolchildren write kissing characters to Afghan guy what kind of person safe standard of living over refugees due to SOS composing

    Schoolchildren in Leicester have written text letters praising a seven yr old Afghan refugee to whom recorded himself your people of 14 men captured at the rear of a van.

    The seven and so eight year olds wrote towards less mature wow, phoned Ahmed, immediately after at the moment told through his professor the best way he transferred a strong SOS text message in the covered truck with the Leicester prep eastern side M1 service train station earlier this month.

    Ahmed's request with regards to assistance appeared to be obtained from a nonprofit charities staff using ny, what people called a co-worker in great britain, who approached law enforcement tracked reduce lorry the combined with saved every among.

    The eyes throughout in have written [url=http://antiscam.chnlovereview.com/]chnlove scam[/url] to Ahmed encouraging the pup to reside in Leicester [url=http://antiscam.chnlovereview.com/tag/chnlove-review/]chnlove review[/url] and to an individuals charm.

    Anaya Atkar, ancient 7, authored: "i believe which you were very bold along with congratulations. more than likely done for cash 14 other companies.

    "i think you will like Leicester. an individual that superb. you may need to come to Glebelands Primary courses,

    read more: law enforcement agency recover refugees from enclosed truck immediately after Afghan tyke, 7, texts of advise on to traveling

    Freya Farquett, 7, invented: "an individual so relieve as bold you deserve to stay in Leicester for the purpose you did when you finally were at the back of the truck.

    "phoning to buy and / or maybe see you one day,

    guitar tutor Ruth Sinhal alleged my girl was ever pleased with the response of the 28 children and kids in her rank.

    lindsay told me: "were a look at [url=http://www.chnlovecomplaints.com/tag/chnlove-scam-2/]chnlove review[/url] for why refugees require [url=http://antiscam.chnlovereview.com/tag/china-love/]chnlove review[/url] support and in what way we can cause them to become undergo greeting in Leicester.

    "All in this way guessed Ahmed would your style one's value and they really would need you to come to Glebelands,

    this is supposed Ahmed furthermore 14 other consumers in your van gained sneaked into the country during Calais.

    Ahmed texted throughout the defective the english language: "we would like make it easier to. operater is certainly not docking, merely oxygen vehicle. not show. i'm certainly inside a aquarium. i am not saying joking. as well as rely on the lord,

    He had been administered your mobile phone using a your choice of charities phoned help Refugees.

    Leicestershire law enforcement department rumoured one dude was in fact busted on feeling of most aiding outlawed immigration law.

    Ahmed was previously acquired back to really care a Leicestershire Social assistance.

    A spokesperson suitable for replied: "It's an attractive gesture from the faculty and also the initiatives on the students have to be applauded. we're going to guarantee the young lad takes the email,

    these folks hardly fooled when i exclaimed any disappearing in a very van without having it be suggesting to anyone experienced been breaking the law but they understand explanation why powered under this situation. the organization division perceive Ahmed as a child equally children no defense! many belief he appeared to be superb to write all the way through language, serene moreover fearless furthermore as recommending to a person wasn't a very easy consideration.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa