Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 21, 2016

Umno Kedah biadab?

Umno Kedah biadab ganggu majlis keputeraan sultan, kata Mahfuz
20 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan pimpinan Umno Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai tidakan tidak beradab dan biadab ketika negeri sedang meraikan perayaan Hari Keputeraan ke-88 Sultan Kedah.
"Tindakan mereka hanya mengganggu dan merosakan kemeriahan suasana sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah sehingga merubah suasana gembira kepada keresahan rakyat tentang pergolakan politik negeri itu.
“Saya tidak berhajat untuk menafikan hak mereka untuk berbuat demikian.Tetapi adalah tidak beradab dan biadab tindakan mereka itu dibuat di waktu negeri Kedah sedang meraikan perayaan Hari Keputeraan yang ke-88 Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang juga Yang DiPertuan Agong.
“Sepatutnya pimpinan Umno Kedah menunggu selesai perayaan besar hari keputeraan sebagai tanda penghormatan Kebawah Duli Tuanku Sultan,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau turut mendakwa bahawa tindakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah menunjukan bahawa tiada dikalangan Adun Umno Kedah layak menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
“Terpulanglah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Negeri Kedah,tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidak percayaan kepada MB Kedah selepas Titah Tuanku sempena Hari Keputeraan menerima lafaz taat setia dari Dato’ Mukhriz selaku MB mewakili kerajaan dan rakyat Kedah.
“Tindakan Umno Kedah adalah suatu penghinaan terhadap Tuanku Sultan,” jelasnya lagi.
Petang tadi, pimpinan Umno Kedah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan di dalam kepimpinan yang dipegang oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Perjumpaan tertutup yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dibuat berikutan pucuk pimpinan negeri itu yang dikatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz yang dilihat gagal dalam mentadbir parti dan negeri itu.
Perjumpaan yang bertempat di hotel Alor Setar itu melibatkan 14 Ketua Umno Bahagian, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

2 comments:

  1. Jeles tu set set tu semua boroi2 tak slim. Nak lebih boroi lagi

    ReplyDelete
  2. Bukan UMNO Kedah sahaja yang tidak ada adab, satu Malaysia ini pun UMNO memang tidak ada adab. UMNO Terengganu misalnya, pernah menggelarkan sultannya natang. Itu belum disebut Umno di negeri-negeri lain. PAS pula yang berhajat untuk ganti UMNO pun sudah terikut-ikut rentak UMNO yang tidak ada adab itu, ahlinya sendiri digelar jebon, broker, barua dll. PAS juga menggelarkan pemimpinnya sendiri sebagai anjing yang menyalak bukit. Maka tidaklah menghairankan jika ada macai PAS yang lembam asyik suka menyalak saja. Siapakah macai itu??? You know, I know...ha ha ha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa