Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 23, 2017

2 kali dirogol orang sama: Disihir atau memang bodoh?

2 kali dirogol' Bomoh WeChat' konon mampu buang 'pendamping'

TAMPIN, NEGERI SEMBILAN - Seorang wanita berusia 32 tahun dirogol sebanyak dua kali seorang penganggur yang mengakui kononnya dia mampu membuang pendamping pesakitnya itu, lapor Sinar Harian. 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, suspek yang berasal dari Melaka berjaya ditangkap polis di kawasan pam minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam, 16 Ogos 2017. 

Menurut Hamazah, suspek dipercayai telah merogol mangsa pada dua tarikh dan lokasi berbeza di hotel sekitar Tampin dengan menggunakan alasan bagi membuang penyakit itu. 

"Mangsa yang merupakan pekerja kilang hanya mengenali suspek melalui aplikasi WeChat pada awal bulan Jun lalu. Sebaik mangsa berjumpa dengan suspek, mangsa terus berasa keliru serta mengikuti arahan suspek sehingga dibawa ke sebuah hotel," katanya. 

Sebaik saja mereka tiba di bilik hotel berkenaan, suspek dikatakan membaca jampi serapah dan memegang badan mangsa serta meminta wanita itu melayan nafsunya bagi menghilangkan pendamping di badannya. 

Bagaimanapun, mangsa menolak untuk berbuat demikian menyebabkan suspek telah memaksa serta merogol mangsa dan selepas itu mangsa diberikan tiga biji telur dan lima biji limau sebagai tanda selesai berubat. 

Dalam kejadian kali kedua, mangsa disuruh berubat sekali lagi pada pertengahan Julai dan turut dirogol buat kali kedua. Malah, dalam dua kejadian itu, mangsa telah membayar duit pengeras sebanyak RM50 serta bayaran sewaan bilik hotel. 

Pada 16 Ogos lalu, mangsa akhirnya tersedar bahawa dirinya telah ditipu oleh suspek, lalu membuat laporan polis. 

Kurang dari 10 jam laporan polis dibuat oleh mangsa, polis berjaya menangkap suspek. Polis juga percaya suspek telah memperdayakan kira-kira lima orang wanita dengan menggunakan modus operandi yang sama. Tetapi tiada mangsa yang tampil membuat laporan polis. 

Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kes penipuan di Dang Wangi, Kuala Lumpur, sudah dua tahun melakukan kegiatan itu. 

Hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Suspek direman sehingga hari ini dan akan disambung tahanan reman bagi membantu siasatan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa