Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 13, 2017

Pembayar cukai Malaysia akan tanggung kos ECRL

Pembayar cukai Malaysia akan tanggung kos ECRL, kata ahli ekonomi
Diterbitkan pada 12 Aug 2017 1:34PM
ECRL akan dibiaya oleh Exim Bank milik China, dengan kerajaan Malaysia iaitu pembayar cukai sebagai penjamin. Jadi, risiko dan liabiliti akan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia, kata Prof Dr Jomo Kwame Sundaram. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2017.

PEMBAYAR cukai Malaysia sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman yang dibuat oleh Putrajaya untuk membayar sebuah syarikat China bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata pakar ekonomi terkemuka Prof Dr Jomo Kwame Sundaram dalam ulasannya.

Katanya pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama  ECRL, dengan Malaysia mendapat hanya sedikit pinjaman.

"ECRL akan dibiaya oleh Exim Bank milik China, dengan kerajaan Malaysia iaitu pembayar cukai sebagai penjamin. Jadi, risiko dan liabiliti akan ditanggung sepenuhnya oleh Malaysia," tulisnya dalam satu komen di Free Malaysia Today.

Malaysia akan menanggung segala risiko dan menyelesaikan hutang terbabit bersama bunga dalam tempoh dua dekad, sama ada projek ECRL bernilai RM55 juta itu menguntungkan atau tidak, katanya.  

Beliau turut meragui jika terdapat penumpang dan muatan yang mencukupi untuk menyokong laluan rel berkelajuan tinggi.

"Justifikasi ECRL adalah ia akan membawa hampir 60 juta tan muatan setiap tahun menjelang 2035. Ini adalah luar biasa sedangkan KTM hanya membawa kira-kira enam juta tan setahun dengan rangkaian seluruhnya di seluruh negara.

"Jika lonjakan besar dalam jumlah kargo yang diunjurkan tidak menjadi kenyataan, projek itu akan kehilangan lebih banyak lagi, bermaksud pembayar cukai untuk generasi seterusnya perlu lebih banyak membayar hutang projek ECRL.

"Kargo jenis apa yang memerlukan sambungan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mahal? Dan kereta api berkelajuan tinggi di dunia mana yang merangsang begitu banyak perniagaan dan pekerjaan di semua bandar yang akan dilalui pada kelajuan demikian, seperti yang dikemukakan?" tulis Jomo.

Malaysia dan China merasmikan projek ECRL pada Rabu yang akan menghubungkan Wakaf Baru berdekatan sempadan Thailand di Kelantan dengan Pelabuhan Klang di pantai barat melalui Kunatan. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif infrastruktur 'One Belt, One Road' dari China yang bertujuan memperluaskan kesan ekonomi dan perdagangannya di rantau ini.

Jomo berkata, beliau bukan menentang kerjasama dengan China dan mengalu-alukan inisiatif Belt and Road. Syarikat-syarikat China memenangi kontrak dalam tender terbuka di seluruh duniadi atas rekod mengagumkan dan banyak negara membangun yang miskin menghargai tawaran kredit jangka panjang atas terma konsesi yang diberikan China, katanya.

Namun Jomo menegaskan hutang luar negara terkini kerajaan Malaysia dan pembentukan 'liabiliti kontinjen' harus menjadi kebimbangan kerana semua rakyat Malaysia kini adalah pembayar cukai berikutan pengenalan GST.

"Malaysia sepatutnya mendapat pengajaran selepas penarafan kredit terkini selepas 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) gagal membayar ansuran pertama sebanyak AS$ 603 juta (RM2.6 bilion) disebabkan hutang IPIC," katanya.  – 12 Ogos, 2017. - sumber

1 comment:

  1. Greetings! Impressive content! I really like which you represented Blogger: MOUNTDWELLER.
    Really good purpose, friend. That i love individuals very effective at providing..

    Regrettably have the ability to prepare the same as the author
    of these blogging site. Nearly everybody battle having crafting articles .

    Therefore, To start to purchase conventional paper coming from document creating articles online services.

    And to guarantee I actually won’t poop this is my cash another male supplement scam, All of us visit this website
    best essay writing service review wherein I can also evaluate sincere and then certified product reviews for many posting carriers

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa