Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 16, 2017

Dari Shah Alam sampai ke Kangar: Kesungguhan polis kejar pengacau?

Dari Shah Alam sampai ke Kangar, polis buru suspek kacau Nothing to Hide 2.0
Muzliza Mustafa
Diterbitkan pada 16 Aug 2017 7:00AM 
Pihak polis Selangor menahan enam suspek terlibat dalam kekacauan forum Nothing to Hide 2.0 di beberapa lokasi di Lembah Klang semalam dan seorang di Kangar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2017.

POLIS menahan 10 suspek setakat ini yang ada kaitan dengan huru-hara tercetus semasa forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad dengan tumpuan digiatkan kepada usaha mencekup dalang kekecohan berkenaan.

Siasatan awal mendedahkan beberapa remaja yang terlibat dibayar RM50 untuk memulakan kekacauan pada forum anjuran Bersatu itu, dengan membaling kasut dan membakar suar ke pentas tempat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berucap.

Dalam kekecohan itu, mereka juga kemudiannya membaling kerusi ke arah hadirin.

The Malaysian Insight difahamkan susulan penahanan tiga remaja selepas huru-hara itu, polis Selangor memburu sampai ke Kangar, Perlis untuk menahan suspek yang terlibat.

“Seorang ditahan di Kangar manakala enam lagi ditangkap di beberapa lokasi di Lembah Klang semalam,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Tujuh suspek itu berumur antara 20 hingga 30 tahun.

Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad malam tadi mengesahkan semua dalam tahanan polis.

“Kita bukan saja cari mereka yang buat kacau tetapi juga dalang di belakang remaja ini. Itu sebahagian daripada siasatan kita,” kata Fadzil kepada The Malaysian Insight.

Difahamkan juga, polis merampas semua telefon genggam milik suspek.

Kesemua 10 suspek itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merusuh.

Pemimpin PH menyalahkan Umno manakala pegawai kanan perdana menteri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menuduh Dr Mahathir punca kekacauan.
Semua pihak menggesa polis mengesan dalang yang mengambil kesempatan ke atas remaja terlibat dan memperdayakan mereka untuk datang ke majlis itu, dan seterusnya membuat huru-hara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2017

Tengku Sariffuddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata hadirin pada forum itu marah apabila Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan sebelum selipar mula "terbang" diikuti kasut dan botol air serta kemudiannya kerusi dan suar yang dibakar.

Antara soalan itu termasuk yang menyentuh tentang anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri, moral Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat, Azmin Ali dan PAS, serta peristiwa berdarah Memali.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengundi Melayu Berdaftar Malaysia Nazilah Idris menggambarkan mereka yang ditahan polis itu sebagai mangsa keadaan kerana nampak jelas diperalatkan.

Nazilah menggesa polis mengesan dalang yang mengambil kesempatan ke atas remaja terlibat dan memperdayakan mereka untuk datang ke majlis itu, dan seterusnya membuat huru-hara.

“Mereka tidak bersalah. Dalangnya yang sepatutnya polis cari,” katanya.

Nazilah menambah berdasarkan maklumat yang beliau terima, remaja terlibat dijanjikan RM50 untuk hadir pada forum berkenaan dan akan mendapat bonus sekiranya mereka mencetuskan kekacauan. – 16, Ogos, 2017.

* Sepatutnya semua pihak berhenti dari melatah sekiranya benar mereka tidak menyakat. Biarkan polis lakukan tugas mereka.

1 comment:

  1. I'm glad to be among the many visitors on this outstanding web site.
    thank you for posting.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa