Friday, 25 August 2017
JANGAN TERPERANJAT DENGAN ANNUAR MUSA.....
Beberapa rakan menghantar pesanan melalui whatsapp berhubung kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang mengatakan kerugian forex adalah benar, manakala kerugian 1MDB sekadar di atas kertas sahaja.
Kata mereka, apa sudah jadi dengan Annuar?
Kenapa sanggup memperbodohkan diri sebegitu rupa?
Yang lain pula berkata, kalau ia pun mahu membodek Najib Razak, takkan sehingga ke tahap itu sanggup dilakukannya?
Hakikatnya, ramai yang kesian dan simpati dengan Annuar apabila beliau menyatakan kerugian forex adalah benar, manakala kerugian 1MDB cuma semata-mata di atas kertas.
Siapa pun yang normal, waras dan tiada kepentingan peribadi akan menolak apa yang disebut oleh Annuar itu jika mereka membaca dan mengikuti perkembangan berkaitan 1MDB dan forex.
Forex adalah perniagaan di mana untung dan rugi adalah perkara biasa. Asalkan tiada penyonglapan, penyelewegan atau masuk ke dalam akaun bank peribadi sesiapa, kerugian dalam perniagaan seharusnya diterima sebagai sesuatu yang normal.
Lagi pula, apakah sepanjang masa perniagaan forex itu mengalami kerugian?
Bagaimana semasa perniagaan forex itu memberi keuntungan dan kenapa ia tidak pernah disebut sama-sekali?
Berbeza dengan 1MDB, ia adalah kerugian dan kehilangan atau kecurian wang yang nyata yang dilakukan melalui dana yang dipinjam dengan harapan pembayaran dapat dilakukan melalui penyenaraian awam serta pembangunan tanah TRX dan tapak Kem Tentera Udara di Sungai Besi yang dianugerahkan oleh kerajaan pada harga paling murah kepada syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib itu.
Jika tiada kecurian dan kehilangan wang, bagaimanakah pembayaran boleh dibuat sebanyak dua kali kepada IPIC setelah bayaran pertama yang dibuat Aabar Investment yang palsu?
Jika tiada kecurian dan kehilangan wang, bagaimanakah Jho Low boleh berbelanja mewah, membeli jet, kapal layar, kondo ratusan juta ringgit, lukisan mahal, berpesta arak dan memberi hadiah barang kemas kepada selebriti Hollywood dan "isteri Malaysian Official 1"?
Jika tiada kecurian dan kehilangan wang, bagaimanakah Riza Aziz, anak tiri Najib dalam sekelip mata mampu menerbitkan filem dengan kos ratusan juta ringgit serta memiliki kondo mewah di beberapa bandar di Amerika dan London?
Jika tiada kecurian dan kehilangan, bagaimanakah beberapa negara boleh menjalankan siasatan, selain ada yang sudah menjatuhkan hukuman, bahkan penyiasatan di Switzerland dan Amerika belum lagi dihentikan?
Kiranya mahu disenaraikan, banyak lagi kecurigaan dalam urusniaga 1MDB boleh dicatatkan yang membuktikan ia bukanlah kerugian di atas kertas, malah kerugian nyata yang disekalikan dengan kehilangan atau kecurian wang berjumlah bilion-bilion ringgit banyaknya.
Persoalannya, kenapa Annuar masih sanggup mengatakan kerugian 1MDB hanyalah di atas kertas semata-mata?
Kita jangan lupa bahawa Annuar, di samping masih bernafsu dan ingin dipilih lagi bertanding di kerusi Parlimen Ketereh, beliau juga sedang berdepan dengan penyiasatan berhubung kes penajaan anak syarikat Mara terhadap pasukan bolasepak Kelantan ketika beliau menjadi Pengerusi Mara.
Kes tersebut masih lagi tergantung dan mungkin failnya ketika ini sedang berada di atas meja Perdana Menteri.
Jika tiba-tiba kesnya seperti Isa Samad, sudah tentu terbantut cita-cita dan gelaplah masa depannya.
Maka, apa nak dihairankan jika Annuar sanggup mengatakan kerugian 1MDB cuma di atas kertas, manakala kerugian forex yang semua orang faham lebih bertujuan untuk mengenakan Tun Mahathir adalah kerugian yang sebenar?
Malah, semakin dekat tarikh pilihanraya itu, janganlah terperanjat jika kata-kata yang lebih dahsyat daripada itu pun akan sanggup dilafazkannya untuk membela dan membodek Najib.
Semua kenyataan beliau ada makna serta harga dan bukan percuma. (ShahbudinHusin 25/08/2017)
Anda mungkin juga meminati:
MARA TAJA BOLA, ADAKAH ANNUAR MUSA BELAJAR DARIPADA NAJIB?
KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?
Posted by Shahbudin Husin at 22:42

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa