Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 18, 2017

Amatlah bodohnya Armada meminta bajunya dipakai untuk buat kacau di majlisnya sendiri!

Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman
Muzliza Mustafa
Diterbitkan pada 17 Aug 2017 7:34PM
Tiga remaja yang ditahan selepas diperayai terbabit dalam insiden kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Ogos, 2017.

SEORANG remaja yang ditahan reman susulan kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu tidak tahu menahu satu apa pun tentang politik dan berfikir dia sebenarnya hendak dibawa menghadiri sebuah konsert, kata seorang ahli keluarganya.

Ahli keluarga itu, yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak didedahkan identitinya berkata, remaja itu malah bertanya kepada ayahnya apa itu “Armada” ketika keluarganya datang menjenguknya di balai polis Shah Alam pada Ahad, beberapa jam selepas dia ditangkap.

“Dia tanya ayahnya soalan itu. Mungkin polis bertanya soalan kepadanya berkaitan hal itu,” kata ahli keluarga remaja tersebut.

Armada ialah sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti baru yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Sayap pemuda itu adalah penganjur forum Nothing to Hide 2.0 yang diganggu oleh sekumpulan remaja yang bertindak membaling kasut dan botol air ke arah pentas tempat Dr  Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada hadirin. Mereka juga membaling kerusi dan membakar suar.

Forum itu sepatutnya jadi pentas debat antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad  (1MDB). Najib bagaimanapun tidak hadir kerana merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Melaka.

Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan sebelum majlis bertukar kecoh.

Menurut sumber yang sama, remaja itu memberitahu ibu bapanya yang dia ingat dia akan pergi ke sebuah konsert dan sewaktu tiba di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, forum itu sudah pun bermula.

Kumpulan remaja yang membuat kacau itu dikatakan diminta untuk berhimpun di Setiawangsa pada awal petang Ahad dan mereka diberikan baju-T bertulis “Armada” untuk dipakai. Mereka juga diberitahu akan diberikan wang sebanyak RM50 untuk hadir ke dewan berkenaan.

“Dia diberitahu mereka akan ke konsert, jadi dia ikut saja,” kata ahli keluarga remaja itu, sambil menambah remaja itu dan kawan-kawannya tidak mengayuh basikalnya ke tempat kejadian tetapi dibawa ke Shah Alam dengan kereta.

“Itu yang keluarga dapat tahu setakat ini. Sekarang apa yang saya bimbang ialah berapa lama lagi dia akan duduk di dalam (ditahan oleh polis).

“Dia pernah buat kacau. Dia masih belajar dan saya tak mahu kejadian ini mengganggu pelajarannya,” kata sumber itu.

Ahli keluarga itu bercakap kepada The Malaysian Insight selepas menemani ibu kepada remaja berkenaan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini. Polis hari ini mendapatkan perintah lanjutan reman empat hari terhadap tiga suspek yang ditahan sejak Ahad lalu.

Setakat semalam, polis menahan 13 orang termasuk 3 remaja yang dilanjutkan reman hari ini bagi membantu siasatan.

Mereka disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merusuh.

Pemimpin PH menyalahkan Umno manakala pegawai kanan perdana menteriTengku Sariffuddin Tengku Ahmad menuduh Dr Mahathir punca kekacauan.

Tengku Sariffuddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata hadirin pada forum itu marah apabila Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar juga menyalahkan Bersatu dan berkata sebagai penganjur parti itu sepatutnya bertanggungjawab atas keselamatan mereka yang hadir, keselamatan tempat dan keselamatan acara itu.

Kenyataan Khalid itu bagaimanapun dibidas oleh beberapa pihak termasuk kumpulan peguam hak asasi.  – 17 Ogos, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa