Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 29, 2017

Penyakit berjngkit dah menular dalam PKR juga?

Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus
Lu Wei Hoong     28 Ogs 2017, 11:56 malam
Biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat mingguannya di ibu pejabat parti itu. Bagaimanapun mesyuarat jam 3 petang itu dijangka panas dengan perbincangan sama ada mahu meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.

Mesyuarat tersebut disahkan oleh kumpulan pro-PAS dan anti-PAS kepada Malaysiakini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat majlis presiden gabungan itu malam ini, memberitahu akan mendapatkan penjelasan tentang hal ini.

Bagaimanapun, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka tidak akan melakukan lebih daripada memberikan kata-kata nasihat untuk perkara berkaitan urusan dalaman PKR.

Pertempuran sebenar akan terjadi esok hari apabila pihak yang setuju rundingan dengan PAS dijangka akan menyerang naib presiden PKR Rafizi Ramli.

Kumpulan ini memang telah retak hubungannya dengan Rafizi, malah marah dengan MP Pandan itu kerana menyukarkan keadaan dengan menuntut diadakan kongres khas untuk mengundi sama ada PKR perlu terus berunding dengan PAS.

Esei Rafizi lawan FB Latheefa

Setelah Rafizi mengeluarkan esei beliau sepanjang 2000 patah perkataan yang menentang rundingan berterusan dengan PAS, ahli majlis tertinggi PKR Latheefa Koya melemparkan kemarahan beliau terhadapnya.

Rafizi telah menamakan mereka yang bersetuju dengan rundingan PAS dan mengambil pendekatan pragmatik.

“Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media. Ini namanya tindakan bacul," kata beliau dalam posting Facebook merujuk kepada Rafizi.

Beliau juga membayangkan Rafizi sebagai agen Umno.

Rafizi sememangnya sudah agak lama tidak hadir mesyuarat biro politik PKR disebabkan tidak bersetuju dengan sesetengah pemimpin termasuklah Latheefa.

Tidak jelas jika Rafizi akan memutuskan untuk muncul dalam mesyuarat besok.

Rafizi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas beliau semasa penulisan berita ini dibuat.

Tuntuan mendisiplinkan Rafizi

Bagaimanapun, dengan atau tanpa kehadiran Rafizi, kumpulan pro rundingan berhasrat untuk menuntut pertanggungjawabannya.

"Saya tidak setuju dengan apa yang dilakukan Rafizi untuk pengetahuan umum dan ia seharusnya dibataskan sebagai urusan dalaman parti.

"Walaupun beliau seorang naib presiden, beliau lemah dalam hal disiplin. Beliau tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.

"Dia fikir dia hero dan mahu menjadi hero," kata sumber yang bersetuju berunding dengan PAS dan akan hadir dalam mesyuarat besok.

Sumber berkata mesyuarat juga akan membincangkan tuntutan akar umbi parti untuk mengadakan kongres khas.

Namun, satu lagi sumber berasingan, yang mahu rundingan dengan PAS ditamatkan dan akan hadir ke mesyuarat besok berkata kumpulan anti rundingan bersedia untuk membentangkan pendapat mereka.

Minggu lalu, anggota parlimen Selayang William Leong meletakkan jawatan daripada biro politik PKR sebagai bantahan manakala akar umbi PKR Kelantan enggan menuruti pemimpin mereka yang dilihat sangat rapat dengan PAS.

* Agak-agak dalam PRU nanti rakyat akan percaya lagikah kepada sebuah parti yang macam ni?

Hahaa......PAS dah berjaya menjadi agen UMNO purandakan antara parti-parti dalam PH. Ingatkan para pemimpin dalam PH ni jenis cerdik semuanya tapi rupa-rupanya ramai lagi yang bangang!

Nampaknya panjang lagilah umur UMNO/BN. Itulah sebabnya Najib kata PRU boleh diadakan pada bila-bila masa saja

6 comments:

  1. Yang harapkan undi Pas tu biarkan. Sampai masa depa kena nanti baru depa ternganga. Pas bawah HADI ni spesies Syiah campur Khawarij. Kuat taqqiyah dan bughah. Khianat dalam serba serbi. Wajib disabotaj daripada dalam. HAHAHA....Sabotaj.........

    ReplyDelete
  2. saya dah muak dengan pkr...next election, saya takkan balik mengundi...bagi keluarga & sedara mara terdekat, saya nak kempen diorang tendang kartel azmin...

    kalau selangor jatuh, kartel azmin & sikap wan azizah yang buat selangor jatuh...kenapa wan azizah selaku presiden tak sound azmin...

    no more vote for selangor pkr...kecuali kartel azmin keluar & masuk PIGS, then saya boleh vote pkr...

    ReplyDelete
  3. Bom dia ! Você se importaria se eu compartilhar seu blog com
    meu facebook grupo? Há um monte de pessoas que eu acho que
    seria realmente desfrutar seu conteúdo. Por favor me avise.
    Obrigado

    ReplyDelete
  4. We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
    Your website provided us with valuable info to work on. You
    have done an impressive job and our entire community will be grateful
    to you.

    ReplyDelete
  5. My brother recommended I might like this web site. He was once entirely right.
    This put up truly made my day. You can not believe just how
    a lot time I had spent for this info! Thank you!

    ReplyDelete
  6. I need to to thank you for this fantastic read!!

    I absolutely loved every little bit of it. I have you bookmarked to check out new stuff you post…

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa