Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 28, 2017

Benarkah PH akan hilang undi Melayu?

Pakatan Harapan bakal hilang undi Melayu?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 28 OGOS 2017
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.

* Benarkah Melayu masih lagi bodoh walau pun dihimpit dengan kenaikan harga barang dan sara hidup di bawah BN yang secara terang disokong PAS walau pun tak mengaku?

Benarkah PAS berada di pihak pembangkang dengan apa yang ditunjukkan gelagat pasu bunganya di Parlimen?

3 comments:

  1. Mana kajiannya? Mana rujukannya? Cukoplah pensyarah Melayu memalukan Malaysia dengan Universiti ranking corot. Ubah dan anjak minda Melayu dengan fakta.

    ReplyDelete
  2. Wahai pembaca sekelian, penulis ini pun buta realiti. Enath apa dia buat kat U? Sejak bila PAS sebagai pembangkang, alhamdulillah sebab kita ada live telecast parlimen Malaysia. Beri fokus kepada tugas semua membantu menyelamatkan negara dari ancaman kaum najib bangang perompak duit raayat, tak cukup lagi ka semua bukti kita baca selama ini? tak kan bangang sangat masih melilau mencari berbagai sebab nak menangkan BN. Sudah2 la, semua pih cari informasi dan sampaikan pada Raayat, undi PH dan buang jauh2 penyangak yang dah 60 tahun hasilnya pemimpin jadi penyamun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa