Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 25, 2017

Rakyat dianggap masih jahil?

‘Jangan anggap rakyat jahil motif politik dalam isu RCI Memali’
  | August 25, 2017
Awang Azman Pawi berkata rakyat sudah pandai menilai motif politik di sebalik sesuatu gesaan oleh kerajaan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan tidak menganggap rakyat tidak mampu berfikir dan membuat rumusan di sebalik pelbagai gesaan diadakan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ke atas tragedi Memali.
Prof Madya Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata rakyat Malaysia kini pandai menilai motif politik di sebalik langkah sebegitu.
Menurutnya, terdapat seruan untuk siasatan itu terutama daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS sejak idea itu dicadangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Tetapi ramai yang sudah cukup bijak untuk bertanya “mengapa sekarang” dan soalan lain seumpamanya, kata Awang Azman.
“Rakyat semakin bijak menilai apakah motif sebenarnya, adakah ini berkaitan dengan situasi politik sekarang di mana Dr Mahathir sudah menyertai pembangkang? Kenapa (RCI) tidak diadakan pada tahun pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memegang kuasa? Kenapa tidak pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi?” soal beliau.

Beliau mengingatkan tragedi Memali pada 1985 yang meragut nyawa 18 orang itu berlaku semasa Umno berkuasa.

“Rakyat mempersoalkan, ‘mengapa tiada desakan oleh Pemuda Umno pada tahun kejadian untuk tubuhkan RCI?’ Mereka juga mempersoalkan mengapa menteri Umno tidak bersuara ketika itu dan mengapa menteri yang tidak bersetuju sekarang tidak letak jawatan pada masa itu?”
Awang Azman berkata ramai orang lebih prihatin tentang penyelesaian kepada masalah harian seperti pengangguran, kejatuhan ringgit, beban cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kos hidup semakin tinggi.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini berkata beliau menyokong penubuhan RCI atas tragedi Memali, dan mendakwa respons kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad itu terlalu keras dan tidak wajar.
Tragedi Memali berlaku pada 19 Nov 1985, selepas polis mengepung kampung yang terletak di Baling, Kedah untuk menangkap guru agama dan penyokong PAS, Ibrahim Mahmud, atas tuduhan menyebar ajaran sesat.
Ibrahim bersama 13 penyokongnya terbunuh dalam kejadian itu, di samping 4 anggota polis.
Perbincangan mengenai tragedi itu kembali hangat selepas soalan berkenaannya dilontarkan kepada Dr Mahathir semasa forum Nothing to Hide anjuran PPBM pada 13 Ogos.

2 comments:

  1. No matter if some one searches for his required thing, so he/she wants to be available that in detail, so
    that thing is maintained over here.

    ReplyDelete
  2. Bukan made sorang terlibat semua umno sokong,umno baling gi Mana jawab sama rci

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa