Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 12, 2017

Diam lagi bagus........dalam situasi sekarang, siapa mahu percaya?

Serbuan LHDN ke atas syarikat anak Dr Mahathir bukan bermotif politik
Jason Santos
Diterbitkan pada 11 Aug 2017 11:49PM
Johari Abdul Ghani (tengah) berkata LHDN merupakan organisasi korporat yang ditugaskan mengutip cukai dan menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti cubaan lari dari cukai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2017.

TIMBALAN Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani menafikan serbuan ke atas syarikat milik anak Dr Mahathir oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermotifkan politik.

Johari berkata, LHDN merupakan organisasi korporat yang ditugaskan mengutip cukai dan menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti cubaan lari dari cukai.

“LHDN merupakan badan sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pegangan politik. Mereka boleh menjalankan siasatan ke atas sesiapa sahaja.

“Selagi mereka menemui bukti yang cuku, mereka boleh berbuat demikian. Tiada sesiapa yang boleh arahkan LHDN siapa yang mereka boleh siasat. Saya tidak rasa ia bermotifkan politik,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu hari ini.

LHDN semalam menjalankan serbuan ke atas syarikat Kencana Capital Sdn Bhd yang dimiliki akan kedua Dr Mahathir Mokhzani dan merampas fail daripada 11 anak syarikat itu.

Serbuan turut dijalankan ke atas Opcom Holdings Berhad, yang dioengerusikan Mokhzani Mahathir dengan Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang pemegang saham, dan Crescent Capital Sdn Bhd, di mana ketua pegawai eksekutifnya adalah anak ketiga Dr Mahathir Mirzan.

Marina Mahathir berkata serbuan ke atas syarikat adiknya itu bukan satu kebetulan.

Johari berkata LHDN sebelum ini turut menyiasat syarikat milik kerajaan, dan menambah tidak menjadi masalah sekiranya syarikat itu membayar cukai.

“Tiada sesiapa boleh arahkan LHDN untuk menyiasat siapa. Mereka boleh lakukan apa sahaja dalam skop tugas mereka,” katanya. – 11 Ogos, 2017

2 comments:

  1. Kenapa wang Rm2.6 juta dalam akaun anjib LHDN tak nak siasat

    ReplyDelete
  2. Macamlah semua orang bodoh macam puak puak mereka, bohong bohong bohong menipu menipu menipu tak habis habis, apa nak jawab dihadapan ALLAH nanti????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa