Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 26, 2011

Hari Ini Buat Anak-Anakku - Dari Mohd Sofi Yassin

Article dari blog Kerajaan Rakyat

Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!


Tiada satupun dokumen awam yang mengatakan Umno aka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. Ironinya walau tanpa catatan resmi, yang tidak tersurat tetap kukuh tersirat!

Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak merasai hangatnya tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh mereka.

Darah Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing, Cina khususnya!


Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Saya masih bergelar pelajar. Guru saya, cikgu Abdullah Sani adalah setiausaha umno Bahagian, arwah ayah saya adalah Ketua Pemuda umno Bahagian ketika itu. Guru Besar saya, cikgu Abdul Rahmah Sabri, bekas Datuk bergelar dan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor. Saya dilahir dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang kental darah Umnonya. Sejak belum masuk alam persekolahan saya telah dibawa oleh ayah untuk bersamanya dalam majlis-majlis politik kepartian. Dia bermesyuarat di dalam dewan, kami (anak-anak) bermain di luar dewan. Dia bertanding dalam pilihanraya, kami anak-anaknya turut ditugaskan menampal poster dan mengedar risalah.

Dunia saya adalah dunia umno! Saya begitu bangga berbaju batik yang penuh dengan lambang umno. Hebat umno, kalau tiada umno, Melayu akan mati kebuluran! Kalau tiada umno, air tidak akan mengalir dalam besi dan Melayu masih menggali perigi! Itu sedikit sejarah darah yang mengalir dalam diri ini.

Maka tidak hairanlah jika kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya;

Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Manakala tregedi 13 Mei 1969 adalah Tugu Masa Perjuangan Melayu menyelamatkan Tanah Melayu daripada jatuh ketangan Cina jahanam!!

1978, di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selang sehari selepas saya memberi pidato umum, saya dikunjungi SB bahagian politik pelajar dan bermulalah era senyap saya selama 2 tahun!!

Alhamdulillah, semasa era senyap inilah limpahan sejarah sebenar tentang siapa umno dan kenapa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 "TERPAKSA" diadakan telah dibisik kemas ke telinga dan dititip rapi ke lubok hati olih insan yang saya kasihi, ayah. Terima kasih ayah! Semoga roh ayah dan ibu sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redha Illahi.

Hari ini buat anak-anakku,

Ayah titipkan sedikit apa yang pernah dibisikkan ketelinga ayah.

- Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan terjadi andainya parti umno/Perikatan tidak kalah teruk dalam pilihanraya umum. Bangsa Melayu tidak kalah dalam pilihanraya sebenar, yang kalah adalah parti umno/Perikatan.

- Semangat perkauman dikalangan Melayu terpaksa dibakar untuk mengalihkan perhatian bangsa Melayu kepada umno.

- Yang berlari, yang mengejar dan dikejar. Yang memukul dan yang dipukul, yang membunuh dan yang dibunuh adalah bangsa Melayu yang perasaan mereka telah dibakar api kebencian sesama insan olih pemimpin umno!

- Yang rugi, cacat, cedera dan yang mati adalah Melayu bawahan, rakyat miskin yang dibonekakan olih pemimpin umno untuk segaja mencetuskan huruhara agar MAGERAN dapat diumumkan! Bila MAGERAN diumumkan, kuasa tidak berganjak dan kekal dipegang olih umno. Melayu tetap layu, dilayukan olih pemimpin Melayu umno!

- Katanya; Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!. Tanyalah Cina sialan atau Melayu jahanah yang mencelakakan kedaulatan Pulau Batu Putih?

- Katanya; Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu. Selidikilah Cina sialan atau Melayu puaka yang menipu anak jati Melayu sehingga tergadainya warisan negara di Tanjung Pagar, Singapura?

- Katanya; Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung. Cina sialan atau Melayu laknat yang tidak sedarkan diri dan merogol kedaulatan diri memalukan bangsa sendiri?

- Katanya; Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu. Kajilah Cina sialan atau Melayu harami yang berkekongkol dengan perompak merakus harta negara?

Caturan politik perkauman 1969, mereka berjaya. Umno berjaya membakar semangat Melayu demi cita-cita politik haprak mereka. Mereka membakar semangat bangsa Melayu agar permusuhan kaum bermaharajalela dan mereka terus berkuasa! Permainan yang sama tetapi di padang yang berbeda mereka cuba ulangi. Kali ini bukan dengan isu perkauman sahaja tetapi digaramkan dengan isu kaagamaan. Kepala lembu dan kepala babi dijadikan mainan olih pewaris pencetus insiden 13 mei 1969 untuk mencetuskan huruhara yang harubiru! Malangnya mereka kecundang!

Terbaru bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

Hebatkan!!
Hebat sungguh Melayu umno!!

Hebat sungguh Melayu umno menanam rasa benci, dendam dan bermusuhan terhadap sesama rakyat!!

Ingatlah, tragedi seumpama 13 Mei 1969 bukan yang rakyat inginkan. Ia bukan budaya kita tetapi ia dilakar-acahkan olih pemikir rakus yang gila kuasa akibat badi hasutan syaitan belaan umno!

Dalam derita kecundang yang memberakan, nafsu serakah dan kerakusan pemimpin Umno tidak kunjung padam.

Generasi Melayu hari ini bertanya dan selidikilah, siapa sebenarnya yang menipu Melayu?

Kepada anak bangsa,
Berpadalah menyokong umno
Umno mengaku kononnya berjasa
Pemimpin kaya raya, rakyat miskin hidup melata!

Ingatlah demi Agama, Bangsa dan Negara pemerintahan rakus regim umno/BN wajib kita tumpaskan. BUKAN kerana kita gila kuasa TETAPI kita wajib ambil kuasa daripada mereka yang gila kuasa!!!

Salaam Perjuangan. Salaam Persaudaraan
Mohd Sofi Yassin

Nota: Titipan ini pernah disiarkan beberapa ketika dulu dan diulangsiar sebagai peringatan bersama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa