Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 5, 2011

Ni Sekor Lagi Diktator Pembunuh Rakyat


24 maut dalam keganasan terbaru di Syria

05/09/2011 2:33am

DAMSYIK 5 Sept. - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam terbaru di Syria, hari ini, tatkala lawatan ketua Palang Merah untuk melihat keadaan penunjuk perasaan yang ditahan sejak tunjuk perasaan anti rejim yang meletus lima bulan lalu.

Menurut agensi berita SANA, enam askar dan enam orang awam terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah bas di Maharda, tengah Syria.

"Sembilan orang, termasuk pegawai tentera, terbunuh manakala 17 yang lain cedera pagi ini di Maharda dalam serang hendap oleh kumpulan bersenjata melepaskan tembakan ke arah bas yang membawa askar dan pekerja," katanya.

Tambahnya, sekumpulan pasukan keselamatan yang sedang berkawal membunuh tiga penyerang terbabit dan mencederakan empat yang lain.

Sementara itu, Jawatankuasa Koordinator Tempatan (LCC) yang merupakan kumpulan aktivis anti rejim berkata, pihak keselamatan menembak mati 12 orang di kawasan Kahn Sheikhwan di wilayan Idlib di barat laut Syria.

Tambahnya, pihak keselamatan mengepung hospital untuk menghalang penunjuk perasaan yang cedera daripada dirawat. - AFP- Utusan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa