Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 15, 2011

Islam Dan Dakwah Dah Dijadikan Hak Ekslusif Dia Pulak Dah!

Lantak kamulah wahai Baghal yang boleh berkata-kata...

JAIS: Tiada lagi tauliah ceramah bagi ahli politik
Abdul Rahim Sabri
Sep 15, 11
3:13pm

Semua ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.

NONEKatanya, JAIS tidak akan menyambung tauliah mereka selepas tempoh yang diberikan tamat.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Beliau memberi contoh seperti yang berlaku kepada pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman yang tidak diperbaharui tauliahnya.

Diminta memberikan jumlah ahli politik yang diberi tauliah sebelum ini, Marzuki berkata beliau tidak dapat memberi angka yang tepat.

Sebaliknya, menurut beliau, jumlahnya "tidak ramai" dan "tidak sampai ratus".

Tambah Marzuki lagi, setakat ini pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 2,601 kad tauliah kepada individu untuk mengajar agama Islam di negeri itu.

NONEBeliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Katanya, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Beliau berkata mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Marzuki berkata demikian bagi mengulas isu ahli parlimen Khalid Samad yang didakwa menyampaikan tazkirah di sebuah masjid tanpa tauliah.

Susulan itu, Khalid diminta memberi penjelasan pada 6 September lalu dan sebutan kesnya di Mahkamah Syariah Shah Alam adalah pada 24 November depan.

-mk

1 comment:

  1. Sebab itu mereka bangkang pendapat ustaz aduka taruna...

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/09/misteri-peguam-anwar.html

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa