Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 29, 2011

Kenapa Pula Minta Dengan Kerajaan Malaysia ?

Ini komen saya di blog Ayid

Assalamu alaikum Ayid

Sepatutnya si Baghal ni minta dari kerajaan British. Sebab arwah bapa dia kerja (Anjing) dengan kerajaan British.

Apa kene mengena pula dengan kerajaan sekarang? Saya secara peribadi tidak akan halalkan duit cukai saya dibayar untuk waris anjing ini!

September 29, 2011 8:56 PM


Waris Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan.

Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di dipenjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaituChe'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong"dulu.

Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard"yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor.

Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer.Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut. Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini.

Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British

Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera."Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi.

Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor.

"Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi.

Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia.

"Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.

[Persoalannya sekarang, apakah beliau sebagai pewaris kepada individu yang telah menangkap Mat Indera itu layak menerima pampasan atau bantuan dari Kerajaan Malaysia?. Jika benar, Kerajaan mengatakan Mat Indera itu adalah pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu, maka sudah semestinya arwah ayah Saparun ini boleh dianggap wira. Ini kerana dengan kelicikan beliaulah yang telah menyebabkan Mat Indera ditangkap dan dihukum gantung oleh pihak British. Maka itu, beliau sebagai pewarisnya memang layak mendapat imbuhan yang setimpal daripada Kerajaan Malaysia. Jika nasib beliau tidak di beri perhatian oleh kerajaan, bermakna jasa-jasa arwah ayahnya itu langsung tidak dihargai sebenarnya. Jika tidak dihargai, ia bermakna Mat Indera adalah pejuang dan bukan arwah ayahnya yang bekerja dengan British. Inilah yang memusykilkan ?].

Tumpang dari blog ayid mohon izin

9 comments:

  1. Kesian rasanya bila aku baca. Bapaknya dulu kerja kuat untuk beri nafkah anak-beranak (walaupun dia kerja ngan penjajah)...tapi anaknya berusaha kuat nak dapat "hadiah" free............

    ReplyDelete
  2. Inilah sikap manusia Tamak dan tak sedar diri. Dulu kan Mat Salleh dah bagi RM75,000. Woi banyak tu! Pada masa itu boleh buat 5 buah bungalow.
    Selain wang dapat pingat lagi! Kira banyaklah tu. Mat Indera yang bapak kamu anayai tu macam mana? Keluarganya macam mana?
    Sedarlah bapak kamu tu petualang bangsa sebab itu bapa kamu lari.
    Keturunan 'Petualang' nak lebih-lebih. Nasib baik keluarga Mat Indera orang beriman tidak membalas dendam kalau tidak dengan kamu2 sekali dah arwah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Uncle Din!

    Ni semua kerana pampasan..$$$$. Ni peluang dia untuk gasak duit kerajaan/rakyat. Tapi dia silap teknik... pi la mintak kat Queen E & British administer dulu kalau dia have any right. Tapi saya percaya, mamt ni, dia akan dapat jugak beberapa ribu RM & ada majlis khas untuk dia sebab kerajaan kita (UMNO-BN) memang suka layan jenis orang yang tolong penjajah British lawan 'komunis'/penentang British (Personally, to me, Mat Indera was 1 of those pejuang pra-kemerdekaan).

    Shame on him! Mengaku waris tali barut British ... haha.. Kalau saya malu tak tahu nak menyorok mana dah!

    ReplyDelete
  4. org melayu x abih2 nk menangguk di air keruh....selagi bley dpt RM, selagi tu dia akan cekik...kurang asam sungguh....bapaknye dh dpt 75,000...xkan x cukup lg...mmg dasar melayu pemalas sungguh....

    ReplyDelete
  5. duit tak berkat la tu... elok dia mintak kat brirish nanti british bayar pakai pound kaya tau

    ReplyDelete
  6. Mat Indera PEJUANG KEMERDEKAAN TULEN

    ReplyDelete
  7. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard"yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera.

    mintak la dengan queen E ..apesal ngan malaysia pulak ? bukan british dah bagi 75k?.. keje malas .. nak duit sennag je.. senang2 nak cekau duit rakyat ...

    ReplyDelete
  8. potong stim betol la korang ni. bg can la kera jaan jawab dulu

    ReplyDelete
  9. hmm muka tak maluuu...bayangkan kalau semua anak "pejuang" camni...tang mana melayunya/Islamnya ,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa