Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 14, 2011

Apa Halnya Pulak Ni Abang Mat?

Memang rasa nak Abg. Mat Jawab dengan tegas dan meyakinkan!
Isu Bukit Kepong satu hal.Mohamad Sabu sudah bikin gempar satu Malaya dengan sejarah negara pada 23 Februari 1950.
Ini pun kisah sejarah juga. Didakwa berlaku tahun 1994.

Ramai yang terkejut Timbalan Presiden PAS itu cuba main sorok-sorok sebalik ‘NO KOMEN’dalam kes penyebaran rakaman telefon seks yang didakwa antaranya dengan Normah Abdul Halim.

Beliau bukan sebarangan orang, statusnya orang nombor dua Parti Islam Semalaysia.Maka satu kepastian perlu terhadap isu ini.Ya ke tidak.Hal ini bukan saja melibatkan maruahnya tetapi parti itu.

Pihak yang muat rakaman itu di Youtube nampaknya begitu yakin sekali mendakwa itu suara Mat Sabu dan Normah yang dirakam semasa mereka menjalin hubungan pada tahun 1994.

Malah ia turut mencabar Mat Sabu kalau berani menafikannya dan mendakwa ada backup bukti jika beliau berbuat demikian.

Rata-rata mereka yang sudah mendengar rakaman itu di Youtube mengaku mereka merasa geli geleman dengan perbualan itu kerana ia melibatkan seorang tokoh politik dengan isteri orang; dan kebetulan isteri teman karibnya sendiri.

Ada yang mengenali Mat Sabu berkata ‘lenggang lenggok’ suara dalam rakaman itu adalah amat seiras sekali dengan suaranya.

“Ini kes berat...Mat Sabu kena cakap ye ke tidak,” salah seorang darinya.

Katanya sekalipun Mat Sabu dan Normah telah dibebaskan oleh mahkamah syariah atas kes khalwat waktu itu,namun isu rakaman perbualan telefon ini adalah isu lain dan ‘benda baru’.

“Kita sendiri tak pernah dengar dulu...sekarang dah timbul...sejarah ke tidak ...itu bukan isunya,”katanya.

Apa yang dikatakan menghairankan ramai pihak ialah dalam isu Bukit Kepong Mat Sabu garang sekali menafikan dan nak saman Utusan dan nak debat dengan Timbalan Perdana Menteri.

Jadi kenapa pula dalam isu rakaman ini NO KOMEN sahaja.

Bagi kebanyakan orang Mat Sabu tidak harus menyalahkan wartawan yang berusaha mendapat reaksi dari beliau sendiri tentang isu yang sensasi ini.

Itu sudah kerja semua wartawan untuk bertanya.

Ada yang merasa reaskinya kata bahawa tahu wartawan memang nak bertanya beliau pasal isu itu sendiri sudah mencetuskan macam-macam andaian.

Kalau sudah tahu bermakna beliau sedar waujudnya dakwaan rakaman perbualan itu dan soalnya kenapa tidak memberi satu jawapan.

Peristiwa Bukit Kepong adalah sejarah yang cuba dicungkil semula oleh Mat Sabu dengan memberi tafsirannya sendiri.

Isu rakaman ini (jika benar) juga adalah satu sejarah dalam hidup liku hidup Mat Sabu.

Jika rakaman itu benar dan tidak dianggap BESI oleh PAS ...ia tidak memerlukan tafsiran ilmiah mana-mana pakar sejarah tentangnya.

Persepsinya straight to the point. Rakaman perbualan yang meloyakan itu (jika benar) adalah fakta wajah perilaku Mat Sabu ketika itu...yang kini adalah Timbalan Presiden PAS.

Samada PAS,penyokongnya dan orangramai boleh menelannya...itu masing-masing kena tepuk dada tanya selera.

Sumber dari sini

3 comments:

  1. Isu pejuang kemerdekaan yang diucapkan oleh mat sabu membuatkan Umno jadi tunggang langgang....Sebenarnya mat sabu cuma niat nak betulkan kain bagi kemas, yg umno pergi bodoh angkat kain sampai lutut buat apa?..lepas tu muncul prof anak keling pergi selak sampai pangkal peha!..datang prof betina anak adam pandai-pandai tarik kain sampai terlondeh!..nampak sipi-sipi alat sulit kat celah kangkang!.aleh-aleh terbaru madey pulak buat hal sentap kain sampai telanjang bulat!...dah nampak direct kepala butuh!..nak salahkan siapa?..itulah nak tunjuk pandai..rasa diri cerdik nak tunjuk kat org ,rupa2nya tunjuk diri jadi banggang.

    ReplyDelete
  2. kronologi selak kain tu mmg best...

    ReplyDelete
  3. lawak sungguh tgk diorng mmembogelkan diri sendiri....tp itu isu lain...isu ni plak ape cerit?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa