Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 26, 2011

Tanda Melayu?

Satu rangkap yang saya petik dari blog S.H. ALATTAS dan bacalah sepenuhnya di sana kalau mahu.


Apa tanda Melayu bermaruah
berani mati memenuhi sumpah
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di atas kebenaran
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya membela keadilan
apa tanda Melayu jantan
hidup matinya di jalan Tuhan
apa tanda Melayu bertuah
berani mati memegang amanah

Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa