Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 26, 2011

Inilah Mentaliti Penyokong UMNO Terhadap Hukum

Saya copy N Paste satu article dari blog thedirectflyingkick penyokong UMNO (telahan saya). Dan apa yang nak saya paparkan adalah komen dari penyokong dari sebelah sana setelah saya memberikan sedikit nasihat kepada tuan empunya blog.

Setengah tu pulak ada juga yang tidak berapa faham bahasa Melayu mudah yang saya gunakan.

Komen mereka adalah membayangkan mentaliti mereka terhadap agama!

Dengan itu saya tertanya-tanya bagaimanakah Ibu Bapa mereka memberikan didikan agama kepada mereka semasa kecil dan remaja. Dan bagaimana pula usaha mereka mempelajari agama setelah baligh dan dewasa.


ANWAR TERUS BERLAKON DAN JUAL TEMBERANG WALAUPUN KEPUTUSANNYA TELAH DIKETAHUI!!!
Anwar Ibrahim sebenarnya sudah termalu. Bukan kerana KOTE BENGKOKnya dilihat sekalian rakyat Malaysia sekali lagi menerusi klip video seks terbaru yang dilaporkan dirakamkan secara rahsia di Thailand, sebaliknya kerana Guan Eng dan seluruh kepimpinan DAP menyatakan sesuatu yang bukan sahaja akan meranapkan impian Anwar Ibrahim, bahkan menggugat kemenangan PAS dan PKR pada PRU13 nanti.

Tanpa DAP, Anwar hanyalah bekas seorang pemimpin UMNO yang kecewa dan merengek-rengek untuk mendapatkan perhatian daripada musuh-musuhnya dalam UMNO.

Pengumuman kontroversi Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan ekoran pertambahan jumlah penghidap HIV dan AIDS, seperti dijangka menggemparkan dunia politik Malaysia. Sekalipun sebagai orang Islam, hudud dan qisas WAJIB diterima kerana ia adalah perintah jelas yang terkandung di dalam al Quran, namun beberapa perkara seperti TIDAK TERDAPATNYA SEORANG PEMIMPIN MELAYU-ISLAM pun yang berani menyatakan bahawa hudud adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama, maka ia terus menjadi polemik pro dan kontra yang tidak akan kunjung padam.

DAP telah menyatakan secara tegas penentangan mereka. Ancaman Guan Eng dan seluruh barisan kepimpinan utama DAP untuk 'meletak jawatan' atau dalam bahasa yang lebih mudah, keluar dari Pakatan Rakyat, ternyata tidak menyenangkan Anwar Ibrahim yang masih memasang angan-angannya untuk jadi Perdana Menteri buat kali terakhir.

Justeru, Anwar membuat keputusan.... Rabu ini, mesyuarat Pakatan Rakyat melibatkan DAP-PKR-PAS akan diadakan. Hasil daripada mesyuarat tersebut akan diumumkan.

Anwar fikir apabila dia menyatakan bahawa dia secara peribadi menyokong perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan, maka DAP tidak akan bising-bising sebab DAP hadap sangat dengan undi Melayu. Dia fikir kalau PKR sudah menyokong PAS, maka DAP akan terpaksa menurut. Apatah lagi 'AMARAN KERAS' daripada Nik Abdul Aziz bahawa DAP boleh keluar dari Pakatan jikalau terus menentang hudud di Kelantan, maka DAP terpaksa tunduk dan patuh.

Malangnya, Anwar sudah tersalah jangka. DAP tahu kelebihan mereka. DAP sangat tahu tentang keupayaan PAS dan PKR terutama di kawasan-kawasan yang bukan bermajoriti Melayu yang mereka tandingi. DAP sudah lama mengatur permainan dan mengawalnya. DAP sudah mampu menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengancam untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Kesilapan besar Nik Abdul Aziz membuat pengumuman tentang hudud adalah pada ketika kemuncak pergeseran tentang pembahagian kerusi di kalangan ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat itu. Kelebihan sekarang sudah berada di tangan DAP. DAP yang menuntut lebih banyak kerusi mampu menjadikan hudud sebagai senjata mereka. Berpura-pura merajuk dan ingin keluar dari Pakatan sudah cukup untuk memaksa Nik Aziz akhirnya meminta maaf kepada DAP!

Apa pun perjalanan Pakatan Rakyat pada hari Rabu nanti, keputusannya telah pun diketahui. DAP mendapat apa yang mereka hajati dan Melayu-Melayu dalam PKR serta PAS, kekal melopong macam biasa!!!
Share

Add New Comment

Fakhruddin Yusoff
  • Image

Showing 9 comments

  • Andalaspj3
    Salam bro semua,kalau dah Bangsa Melayu sendiri jadi ISLAM baka!!Hukum Allah sanggup dipolitikan...sebab itu ulamak2 palsu..ada dimana mana selepas wafat Baginda Rasullullah termasuk Dajal dalam zaman moden.
    Siapa lah kita semua...nak menentang Hudud Allah,orang2 politik cakap tak serupa bikin,sebab itu kita lihat harini ulamak2 yg nak mengajar atau memberi tahu..pekara yg di tuntut dalam Agama...jangan nak menyibuk menjatuhkan hukum pada pehak lain..adakah ulamak2 arini sudah menghukum diri mereka sendiri!!!
    Orang2 politik yg dahrasa syok sendiri baik ostad2,Tokguru2 taksedar bangsa2 lain takada hormat malah sudah berani KURANGajar.
  • nonbal
    FK, x payahlah tuan link 'kehidupan tauhid' dlm sini kerana blog bacul tersebut tidak menerima sebarang komen. blok pro pembangkang memang rata-2nya bacul dan takut untuk berhujah, nama saja mau kebenaran, tapi tidak mahu terima pandangan yang berbeza, cisssssssss
  • Hahn
    Wah win-win situation. PKR dan PAS dapat kejar undi Melayu.

    DAP pula lancang untuk dapat undi bukan Melayu.

    Idea bodoh ketara oleh pembangkang!
  • Fakhruddin Yusoff
    Assalamu alaikum.

    Nampaknya sudah seri. UMNO dan PAS sudah sama taraf. Sama-sama buat statements bodoh dan tidak pernah consistence/berdolak-dalik serta mengelirukan!

    Hanya satu pesanan ayahanda, anakanda tak usah highlightkan perkara-perkara yang melibatkan hukum yang berteraskan syariah dan hudud. Contohnya sex anwar atau Parpukari minum arak kerana sekiranya tidak sahih bersaksikan syarat syariah, kita juga akan terpalit tidak pasal-pasal.
  • Fakhruddin Yusoff
    Sdr. nonbal

    Tak siapa pun akan terlepas selagi penganut Islam. Cuma apa yang saya ingatkan ialah apakah hukumnya menghebahkan tanpa saksi yang diterima syariah?

    Sdr. nonbal semaklah 'Nas'. Bukan apa, supaya kita semua selamat.

  • nonbal
    Ya Fakhrudin, islam tu agama dinamik dan mengikut peredaran zaman, kalau dulu bukti rakaman percakapan tiada kerana waktu tu tiada perakam suara, tapi kini telah boleh diterima. Kalau dulu tiada video, tapi kini sudah ada dan sepatutnya diterima.
    Yang tak mau terima adalah kerana ianya terkena kpd geng kita. Kalau kena kat geng lawan tentu kita berguling2 kat jalan untuk desak mahkamah terima. Inilah dikatakan assobiyah yang nyata.
  • Porknick
    dalam syariah selain dari saksi boleh guna BUKTI, cuba fikir sikit, jgn bodohkan diri tak tentu hala, anwar peliwat dan penzina tegar !!! tak semestinya dia didakwa guna hukuman Hudud....Sila komen guna otak ! Aljuburi menfitnah terang2 dan tanpa bukti, tiap2 hari, setiap kali keluar kata2 dari mulutnya, bak bukti apa lagi, otak perlu dijaga so tak kena liwat, nanti jadi bodoh. Si mat bontot yg patut ditentang habis habisan yeah, jgn jadi munafik mcm pork nick najis !
  • Fakhruddin Yusoff
    Lantak kaulah. Saya hanya igatkan saja sesama Islam.

    Kubur kita masing-masing. Timbang dan bicara di Mahsar pun masing. Neraka, Syurga pun masing-masing!
  • nonbal
    Saudara Fakhrudin, apa maksud saudara x mau FK highlight hukum hudud atas anwar? adakah saudara nak kata anwar terkecuali dari hudud?

6 comments:

  1. walau apa pun rakyat semakin hari jelik dengan mainan umno. Tidak habis dgn cerita seks mereka. Hukum ALLAH do permainkan termasuk akhbar utama milik meraka.

    ReplyDelete
  2. habis....tak sedar ke yg rakyat juga dah MAKIN JELAK dengak mainan pembangkang...yg lebih bnyk tabur fitnah dan mempertahankan yg batil....dah terang lg bersuluh...ttp nak pertahankan....heran btoi aku...nak kata seks anuar itu fitnah..cuba tgk dan nilai sndr...paling aku taktahan brani ko ckp hukum allah dipermainakan..tak sedar ke yg pas dan pkr lebih bnyk permainkan hukum allah....samapaikan amt sabu d tangkap basah pon bleh di nafikan..sbb apa..kene batang hidung sndr...kalau utusan akhbar umno,...haramkah..akhbar siapa..lebih bnyk fitnah dr kebenaran....semoga allah ampunkan si otai ni....tolong la berfikir secara istiqamah.....

    ReplyDelete
  3. kalo stakat komen tanpa tulis nama, baik x payah ckp pape...org pengecut bercakap sorg2 tiada siapa yg akan dengar....pelik tul kenapa troll BN ni takut sngt nk tulis nama...mmg diorng dh ditrain untuk jadi pengecut ke sampai nama samaran pun takut nk tulis?

    ReplyDelete
  4. ghostdart

    Komen mengomen yang tak bernama ni biasalah tu. Yang penting apa yang mereka nak sampaikan dari pemikiran masing-masing.

    So dari situlah kita boleh menilai keupayaan berfikir dan jakauan otak masing-masing. Dari sinilah juga kita akan dapati tahap fahaman masing-masing sama ada di dalam bab agama atau poltik.

    ReplyDelete
  5. otaistillkick

    Ada pulak tu yang terlalu bijak dan baru menerima 'Wahyu' yang tape dan rakaman boleh dijadikan bukti syariah.

    Mungkin bagi orang ini Allah dan Rasulallah itu 'bodoh' yang tidak tahu apa yang akan terjadi di kamudian (masa/zaman ini.

    Kita ni memang dikatakan bodoh awal-awal lagi kecuali dirinya yang terlebih bijak!

    Yang lebih merisaukan kerana terlebih bijak, akan terlajak ke Neraka Jahannam pula kerana meminda dan memperlekehkan Hukum Allah.

    Apa pun bukannya masalah besar kita kerana saya dah kata. Kubur kita masing-masing, dosa pahala juga masing-masing, Syurga dan Neraka juga masing-masing begitu juga timbangan dan keadilan di mahsyar.

    Tidak ada kompromi, tidak ada bodek dan tidak boleh dirasuah!

    ReplyDelete
  6. apo yang ko merapik ni mountdweller... kono panah potir kang baru tahu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa