Warga Mesir serbu bangunan Kedutaan Israel di Kaherah
Polis Mesir menggunakan gas air mata untuk membubarkan massa.
Satu orang pendemo dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas selepas menghirup gas air mata dan sekitar 450 pendemo lain mengalami luka, ujar pegawai perubatan.
Para pendemo melemparkan dokumen-dokumen ke luar tingkap bangunan kedutaan dan juga membakar satu kereta polis.
Kerumunan massa berjaya membobol gedung kedutaan walaupun kehadiran pasukan keselamatan bersenjata berat rejim Mesir di kawasan tersebut.
Tembakan juga terdengar di dekat kedutaan.
Seorang penunjuk perasaan merobek bendera Israel di kedutaan dengan diiringi sorak-sorai pendemo di tempat kejadian.
Bulan lalu, dalam protes Mesir lain seorang pendemo menjadi pahlawan nasional setelah ia memanjat dinding kedubes Israel dan menurunkan bendera Israel serta menggantikannya dengan bendera Mesir. Aksi tunjuk perasaan diadakan untuk mengutuk Israel kerana telah membunuh sejumlah polis sempadan Mesir.
Lima pegawai sempadan Mesir dilaporkan tewas dalam serangan oleh pasukan Zionis pada 18 Ogos lalu.
Demo yang diadakan pada Jumaat (9 / 9) juga menyeru pengusiran duta besar Israel dan melaungkan slogan-slogan anti-Israel.
Dalam perkembangan lain, Yitzhak Levanon, Duta Besar Israel untuk Mesir dilaporkan telah meninggalkan Mesir pada Sabtu (10 / 9) pagi, beberapa jam selepas pendemo menyerbu kedutaan.
Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak meminta anteknya, Leon Panetta pada Sabtu pagi waktu Tel Aviv dan mendesak Washington untuk membantu memberi perlindungan kepada kedutaan Israel di Kaherah.
Dalam peristiwa lain, puluhan ribu warga Mesir kembali berkumpul di Tahrir Square di ibu negara, Kaherah, menuntut kerajaan tentera untuk segera menyerahkan kuasa kepada awam.
( arrahmah.com)
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa