Terima kasih banyak kawan.....
Memang rindu sangat rasanya untuk berdamping kembali dengan rakan-rakan bloggers dan semua pengunjung blog ini.
Berkaitan cerita/isu di bawah, saya rasa sesuatu perlu dilakukan
Pepatah dulu-dulu berbunyi "Harapkan pagar, pagar makan padi" dah tak boleh dipakai lagi.
Mana ada pagar memakan padi!
Kini saya cipta perupamaan baru "Harapkan Babi menjaga padi"
Apa macam sesuai tak?
Jadi kalau benar cerita di bawah ni, amatlah malang....
Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO
Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.
“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.
“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.
Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.
“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.
“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.
Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.
“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.
“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.
“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.
Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.
Be realistic. Be sure you establish achievable objectives, expect acceptable benefits, and get ready for the most severe to take place. Adapt your anticipations and priorities to actually satisfy your life, and work together with that. Changing your prospect on your own area can easily affect the emotions you have along with the views you may have about them. [url=http://www.ss12w12ws.info]Illnerev5ss[/url]
ReplyDelete