Mereka sifatkan orang lain juga mencuri
Pakatan tidak pernah terima dana asing, kata Pas
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
11 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Pas Pusat hari ini menempelak hasrat Bank Negara yang akan memantau sebarang kemasukan dana asing yang bertujuan membantu pertubuhan bukan kerajaan propembangkang mensabotaj Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, seingat beliau, tidak pernah berlaku kes seumpama itu dalam pembangkang bagi meneruskan survival politik mereka.
"Setakat ini saya tak pernah dengar. Tak ada. Tapi Umno mungkin ada. Kes (Ketua Menteri Sabah) Musa Aman belum selesai lagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau bertanya, "kalau Umno (pula) ambil dana asing sabotaj pembangkang macam mana?
"Kalau nak pantau, pantau ini kena teluslah. Memang kita ini istilah bantu pembangkang ini, saya tak pernah dengar dana asing ini yang membantu pembangkang," tambah beliau.
"Kalau nak pantau, pantau ini kena teluslah. Memang kita ini istilah bantu pembangkang ini, saya tak pernah dengar dana asing ini yang membantu pembangkang," tambah beliau.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebelum ini memberitahu Bank Negara akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ujarnya, jika perkara itu berlaku, Bank Negara pastinya dapat mengesan kegiatan itu.
"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa