Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 19, 2012

Rupanya Ramalan Seorang Hippie Menjadikan Manusia Kalut

Ramalan kiamat 21 Desember 2012 dicetuskan seorang hippies, Jose Arguelles, penulis buku The Mayan Factor. Dalam buku terbitan 1987 itu, Arguelles mengaku dirinya telah berkomunikasi dengan roh raja suku Maya dari abad ketujuh. Hasil perbincangannya, Arguelles menyebut 21 Desember 2012 sebagai akhir dari perjalanan waktu.

Kataku : Entah betul entah tidak apa yang diakatakan yang dia berdialog dengan roh Raja suku Maya. 

Entah-entah masa dia 'high' kerana dadah, maka timbullah bermacam-macam ilusi dan bisikan dari syaitan atau dari dalam diri sendiri.

Bila siJahil membaca bukunya, mungkin jalan penceritaannya logik, maka ramailah yang tidak beriman akan percaya sehinggakan membuat shelter di bawah tanah dengan membelanjakan ratusan ribu dollar untuk berlindung dan lari dari kehancuran kiamat. 

Senangnya manusia untuk percayakan perkara karut-marut. Lebih parah lagi berita yang disampaikan oleh manusia hippie yang hidup melangkaui moral dan terkenal dengan keakrabannya dengan dadah!

Manusia jenis ini menganggap boleh melarikan diri dari bencana dan bahana kiamat.
Sedangkan Allah telah memberitahu kita melalui firmannya yang tidak akan ada satu pun makhluk yang akan selamat bila Israfil melaksanakan tugasnya!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa