Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 14, 2012

Kita Temgok Sape Pula Yang Bermulut Busuk Dalam DAP

Ha..haa... kali ini dalam DAP
Sape pulak yang bermulut longkang akan berikan peluru kepada musuh
Adakah di kalangan mereka juga ada yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan dan menentangnya secara terbuka 
Kita tengok siapa yang lebih bijak berpolitik di antara DAP dan PAS

Tapi dalam isu Karpal ni, lebih baik berundur darpada diundurkan
Apa pun dia dah kata untuk melepaskan tengkuknya dengan ayat lawyernya:
"Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri," 

Maknanya apa yang dia perdebat dan katakan sebelum ini baik di dalam bab Hudud dan hubungan dengan PAS adalah bagi pihak dirinya sendiri. Dia menyatakan prinsip dirinya. Tidak ada kaitan dengan DAP atau prinsip parti.

Inilah dia lawyer buruk seorang 'Singh' dan bangsa seangkatan dengannya

Karpal: 'Saya tak takut cubaan nak guling saya' 
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Disember 2012

PETALING JAYA – Konvensyen DAP ke-16 yang bermula hari ini, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, dijangka menjadi medan pertemuan tahunan yang paling 'panas', helah dan dipercayai akan ada beberapa pendedahan mengejutkan.

Menurut Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh, beberapa ahli berjanji akan mendedahkan ‘kekotoran’ dan perkara ini dijangka dilakukan semasa sesi perbahasan perwakilan.

“Bagaimanapun, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa keseluruhan prosiding akan dijalankan dengan demokratik," kata pemimpin veteran ini.
Ahli Parlimen ini seterusnya berkata: "Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya."
"Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri," kata beliau lagi.
“Selain itu, konvensyen itu tidak membuat keputusan parti. Keputusan hanya dibuat oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC). Konvensyen ini adalah semata-mata mengenai siapa yang mendapat dipilih ke CEC,’’ katanya.

Ditanya dakwaan ‘keluarga dinasti’ dalam DAP yang akan dibangkitkan pada konvensyen kali ini, Karpal hanya ketawa.

“Kami mempunyai banyak bakat muda dalam parti, ramai sedang menunggu untuk menjadi Adun, manakala berharap untuk bergerak sehingga menjadi Ahli Parlimen. Ia adalah masa untuk beberapa muka lama untuk bergerak ke atas, tidak ada isu dinasti keluarga di sini,” katanya.

Pada perbahasan kali ini, beliau menjangkakan beberapa isu panas, termasuklah isu pencalonan kerusi satu lawan satu, hubungan parti itu dengan PKR dan Pas serta undang-undang hudud.

“Perwakilan berminat menilai prestasi pemimpin sejak pilihan raya umum 2008 dan ini menjadi platform terbaik bagi mereka untuk melakukannya,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa parti itu amat diamalkan kesaksamaan dan bahawa semua pemimpin yang telah dipilih berdasarkan kekuatan mereka dan keupayaan peribadi.

Lebih 2,500 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri konvensyen yang berlangsung di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa