Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 25, 2014

Bebaskan Malaysia dari belenggu golongan minoriti tiada akal fikiran!

Ahmad Mustapha Hassan

SUARA LANTANG: Baru-baru ini di Greece, dua orang ahli parlimen dari kumpulan berhaluan kanan ditahan pihak berkuasa. Mereka daripada Persatuan Popular – Golden Dawn. Ia merupakan parti politik yang memenangi 18 kerusi di dalam parlimen Greece dan memperjuangkan, antara lain, isu imigrasi. Mereka menetang pehijrahan penduduk ke negara itu habis-habisan.
Golden Dawn merupakan parti neo-fasis. Tindakan kerajaan Greece sewajarnya mendapat pujian di dalam menangani ancaman pihak tersebut. Kumpulan berhaluan kanan sentiasa mengancam kemanusian di serata pelusuk.
Di Malaysia, sejak 2008, terdapat peningkatan kumpulan berhaluan kanan yang terdiri dari umat Melayu-Islam. Kerajaan juga seakan menggalakan pertumbuhan mereka. Kumpulan-kumpulan ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara kerana hanya menggugat perpaduan serta keharmonian bangsa.
Seharusnya, pada ketika ini, tiada pergerakan ditubuhkan bagi memperjuangkan hak mana-mana bangsa. Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap perpaduan kaum serta kebangkitan sebuah negara yang bersatu padu.
Namun, Perkasa serta kumpulan-kumpulan tertentu menyekat negara dari mencapai hasrat ini. Kerajaan turut bersalah membiarkan aktiviti kumpulan seperti ini. Tanpa sebarang sekatan, kumpulan-kumpulan lain muncul seperti cendawan dan berpaksikan perjuangan bangsa serta agama.
Rakyat tidak boleh mengharapkan kerajaan bagi melakukan perkara yang tepat. Kerajaan ini lemah dan tidak memiliki pemimpin berwibawa. Ia juga mengharapkan kumpulan laksana neo-fasis bagi kekal berkuasa. Parti-parti komponen di dalam kerajaan seakan turut bersetuju dengan langkah memejamkan mata ini. Mereka menghancurkan harapan kita semua.
Negara kini dijadikan tebusan oleh kumpulan-kumpulan berfahaman neo-fasis, namun kerana buat-buat tidak nampak.
Bahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri seakan merestui perbuatan kumpulan-kumpulan ini dek kerana sikapnya yang mendiamkan diri.
Dari dulu lagi, kerajaan tidak pernah menangani gejala ini. Ketika kepala lembu diarak bagi menghina penganut agama Hindu serta sekumpulan askar veteran melakukan senaman punggung, kerajaan menunjukkan sikap yang penuh tolak ansur. Patutlah mereka tidak gentar melakukan tindak yang dilihat kurang ajar.
Salah seorang pemimpin mereka pernah menyerbu ke satu majlis persidangan kerana beliau tidak gemar apa yang dibincangkan. Sikap sebegitu tidak wajar dibiarkan sekiranya kerajaan Malaysia bertegas di dalam tindakan. Namun, kerana mengetahui kerajaan ini lemah, kumpulan-kumpulan ini semakin berani.
Malah individu yang berkhidmat di dalam kerajaan juga lantang mengeluarkan pendapat. Mufti, contohnya, berhujah di luar bidang kuasa mereka dan menyebabkan perpecahan. Badan-badan agama juga bertanggungjawab melaga-lagakan penganut ajaran Islam dengan penganut bukan Islam.
Kerajaan Najib hanya memerhatikan semuanya, walaupun sedar negara di ambang kemusnahan. Malaysia terus dijadikan tebusan pihak-pihak yang tiada akal fikiran, berniat jahat serta tiada kewarasan.
Baru-baru ini sebuah pertubuhan telah menyuarakan bantahan terhadap pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya. Menurut mereka, ia bakal mencemar kesucian bandaraya pentadbiran kerajaan tersebut. Kerajaan seperti akur dengan bantahan mereka.
Mereka mahu Putrajaya menjadi Madinah di Malaysia. Mereka mungkin mahu melarang bukan Islam dari memasukinya selepas ini.
Kerajaan pula menyalahkan Gabungan NGO Malaysia yang memperjuangkan hak asasi. Comango dilihat seperti telah melakukan kesalahan yang amat besar di negara ini.
Kerajaan ini ternyata yang paling lemah di dalam sejarah.
Ahmad Mustapha Hassan merupakan bekas setiausaha akhbar Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Beliau turut menghasilkan buku, "The Unmaking of Malaysia".

1 comment:

  1. Sedih melihat melayu melayu minoriti ini yang bangga membodohkan diri mereka sendiri untuk menegak agenda bodoh mereka.

    Ahkirnya seluruh umat melayu akan rebah ke longkang bagai Kangkong di musim hujan banjir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa