Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 24, 2014

Benar Tak Benar Pun......Rakyat Dah Cerdik!

Rakyat yang menilai anggota majlis itu
Rakyat menilai kewibawaan semua Mufti di negeri masing-masing
Rakyat menilai dari kelayakan dan dari apa yang keluar dari mulut mereka
Jadi Jamil Khir tak payahlah susah-susah nak menyanagkal atau membenarkan

Tak benar Majlis Fatwa dipergunakan
WARTAWAN SINAR HARIAN24 Januari 2014
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyangkal dakwaan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan kononnya dipergunakan oleh kerajaan sebagai platform menyekat perbezaan pendapat.
    
Menegaskan dakwaan itu sebagai tidak berasas, beliau berkata majlis itu menerusi mufti-muftinya menjalankan tanggungjawab mereka atas nama Islam dan sebarang keputusan dibuat berlandaskan al-Quran dan Sunnah dan bukannya atas kepentingan mana-mana pihak.
    
"Terdapat 14 mufti di sini dan tidak mungkin mereka dipergunakan, tambahan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri 2014, di sini.
    
Jamil Khir mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik beberapa pengamal perundangan sebagai berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan diri mereka dipergunakan oleh kerajaan sebagai alat menyekat perbezaan pendapat walaupun tidak mempunyai asas perundangan terhadap Islam.
    
Laporan itu turut memetik bahawa kegagalan menyemak trend berkenaan memungkinkan majlis itu hilang kredibilitinya.
    
Mengenai kejohanan berkenaan, Jamil Khir berkata, ia bertujuan mengetengahkan bakat sukan dalam kalangan ketua jabatan di samping mengeratkan silaturahim dan semangat setiakawan.

2 comments:

  1. Mengapa muka Jamil Khir ni makin lama makin macam syaitan langsung tak ada seri muka agamawan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa