Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 22, 2014

Kayor Nyer....Anak Sape Nih?

Kalau anaknya dah gini
Bapaknya macam mana ek?

'Bekir ada kepentingan dalam 49 syarikat'
Seorang akauntan bertauliah hari ini memberitahu Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 49 syarikat.

Andrew Heng, 39, rakan kongsi Baker Tilly berkata maklumat tersebut berdasarkan carian syarikat yang dijalankan oleh firmanya antara Mac dan Julai 2013.

Menjawab soalan peguam Rafie Mohd Shafie - yang mewakili bekas isteri Mahmud, Shahnaz Abdul Majid - Heng berkata beliau diminta melalui surat untuk menyediakan laporan mengenai aset bekas suami Shahnaz.

Heng berkata terma berurusan adalah menjalankan carian syarikat di Malaysia, di pejabat tanah Sarawak mengenai status tanah tertentu, mengumpul dokumen sokongan yang mencukupi sebagai bukti untuk menyokong pegangan Mahmud.

Menurut Heng lagi, beliau turut membuat penilaian mengenai pegangan saham dan laporan yang dibuat berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.

Sehubungan itu, Heng berkata berdasarkan carian syarikatnya mendapati Mahmud mempunyai kepentingan dalam 49 di Malaysia dan antaranya termasuk Achijaya Communications Sdn Bhd.

1 comment:

  1. Kaya hasil curi harta Rakyat hidup tak berkat . Kena sumpahan Rakyat siang malam sampai mati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa