Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 26, 2014

Digilai MU: Apa Kelebihan Juan Mata?

Mata Sah Milik United 

Mata menandatangani kontrak bersama United
JUAN Mata melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan rekod perpindahan kelab bernilai 37 juta pound (RM203.61 juta).

"Saya amat teruja menyertai United. Saya gembira sepanjang berada di Chelsea tetapi saya perlukan cabaran baru. United adalah kelab yang sesuai untuk saya.

"Hari ini adalah hari yang menggembirakan saya...Ia kelab besar dan saya amat berbangga kerana berada di sini.

"Chelsea adalah kelab hebat dan saya ada ramai kawan di sana tetapi anda tidak akan menolak peluang untuk menyertai Manchester United," katanya.

Mata bakal memakai jersi bernombor tujuh yang pernah dipakai George Best, Eric Cantona dan David Beckham.

Rekod perpindahan terdahulu kelab adalah untuk mendapat perkhidmatan Dimitar Berbatov dimana United membayar 30.75 juta pound pada 2008.

"Juan adalah salah seorang pemain hebat dan berbakat pada hari ini dan kami amat berbangga kerana mendapat khidmatnya.

"Dia berjaya membawa Chelsea dalam beberapa kemenangan sebelum ini. Saya tidak sabar untuk melihat dia menyarung jersi United bermula Selasa ini," kata pengurus David Moyes.

Pada petang Jumaat, United mengumumkan mereka bersetuju dengan bayaran perpindahan untuk mendapatkan Mata.

Pemain Sepanyol itu tiba di Carrington pada petang Sabtu dengan menaiki helikopter untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, penyerang Wayne Rooney turut dilaporkan akan menandatangani kontrak baharu di mana dia akan menerima gaji 300,000 pound seminggu.

Itu merupakan petanda bahawa beliau akan kekal di Old Trafford sepanjang kariernya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa