Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 26, 2014

siRanggi (Justin Bieber) Menangis Ditahan Polis

Bieber menangis ditahan

Miami: Justin Bieber menangis selepas ditahan kelmarin kerana memandu secara mabuk, melawan ketika ditangkap dan memandu tanpa lesen ketika berlumba ‘drag’ menggunakan Lamborghini kuningnya.

Sumber mendakwa bintang pop berusia 19 tahun itu sebenarnya lebih tertekan malah dilihat menangis walaupun gambar ketika di penjara menunjukkan Bieber tersengih.

Menurut RadarOnline, ketika gambarnya diambil sejurus selepas ditangkap Bieber dilihat mengomel dan ketawa sendirian dipercayai akibat masih dipengaruhi alkohol.


Walaupun dia lebih murung dan serius ketika dihadapkan ke mahkamah sebelum dibebaskan dengan jaminan AS$2,500 (RM8,331), Bieber kembali senyum seolah-olah tidak terkesan dengan penangkapannya, malah sempat melambai kepada peminatnya. Senyumannya seolah-olah menutup kegusaran yang dirasakan.
Malah ayahnya Jeremy yang juga hadir bersama peguamnya Roy Black, turut kelihatan tertekan.

Desas-desus mengatakan Jeremy sebenarnya memainkan peranan dalam kejadian yang membawa kepada penangkapan anaknya itu.


Sumber memberitahu TMZ, dia yang menutup jalan di tempat kejadian untuk membolehkan anaknya berlumba.

Malah dia dilihat dalam kelab malam SET bersama anaknya berkenaan sebelum kejadian selain ada berhampiran ketika Bieber ditahan.


Sebelum kejadian dia dilihat berseronok di kelab malam bersama model Chantel Jeffries dan beberapa rakan, malah mengakui menghisap ganja sepanjang hari selain mengambil Xanax (ubat antimurung) yang diberikan ibunya serta bir sebelum ditahan pada jam 4 pagi.

Ketika ditangkap Bieber bersikap kurang ajar dan memaki polis.


Menurut hos Access Hollywood Bill Bush, pengurus Bieber Scooter Braun dan pasukannya kini memberi kata dua supaya dia mendapat rawatan pemulihan dan psikoterapi yang sudah dipersetujui penyanyi itu. 


Sementara itu, Datuk Bandar Miami Beach Philip Levine berkata Bieber tidak akan mendapat layanan istimewa. Rakan Bieber Khalil Sharief, 19, yang juga penyanyi rap turut ditahan dalam perlumbaan sama dan dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak AS$1,000 (RM3,332) kerana memandu Ferrari miliknya dalam keadaan mabuk. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa