Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 27, 2014

Pelajar KUIN Sesat: Ape Ke Jadahnya Dah Keletihan Berpecah Pulak?

Tak habis-habis menyusahkan orang lain
Inilah akibat beraktiviti tanpa persediaan rapi
Pemandu Arah pula entah apa-apa - tahukah mereka ini prosedur memimpin?
Walhal pendakian Gunung Jerai tu tidaklah seteruk mana

Pelajar KUIN selamat ditemui 
Oleh Norul Awatif Romli dan Nur Syazwana Mansor

YAN: Seramai 20 orang termasuk pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikhuatiri sesat ketika menuruni puncak Gunung Jerai, di sini, selamat ditemui jam 10.03 malam tadi.

Kesemua mangsa terdiri daripada 18 pelajar perempuan KUIN bersama dua juru pandu lelaki dipercayai gagal turun selepas mendaki gunung berkenaan jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, pelajar terbabit yang kepenatan bermalam di puncak gunung sebelum berpecah kepada dua kumpulan ketika menuruni gunung.

Ketua operasi Ketua Zon 2 Kedah Penguasa Bomba II Nor Arifin Kamarin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.


Katanya, seramai 12 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Yan, 14 ranjer hutan dan seorang kakitangan KUIN naik ke puncak bagi mengesan kedudukan manga.


"Bomba menerima maklumat awal jam 6.50 petang selepas seorang daripada juru pandu yang berjaya turun membuat laporan polis di Balai Polis Yan.

"Pasukan pertama dengan kekuatan enam anggota tiba di lokasi pada jam 7 petang sebelum melihat isyarat asap dipercayai berdekatan Taman Rimba Gunung Jerai.

"Sebaik tiba di lokasi, taklimat operasi mencari dan menyelamat mangsa dimulakan dengan bantuan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Perhutanan Daerah Yan, polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum bergerak ke lokasi pada jam 8.50 malam," katanya ketika ditemui di kaki Gunung Jerai, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Rektor KUIN Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, pihaknya memandang serius berhubung kejadian itu dan bercadang akan mewujudkan satu peraturan baru kepada setiap pelajar yang ingin mengadakan aktiviti luar.

"Saya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 7.30 petang daripada pihak Ketua Keselamatan KUIN dan menghubungi pasukan keselamatan bagi mengesahkan kejadian itu.

"Berdasarkan maklumat awal daripada pihak KUIN, pendakian yang dilakukan mereka adalah di luar pengetahuan pihak kolej.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dimaklumkan bahawa semua mangsa selamat dan sedang dibawa turun melalui laluan Seri Perigi," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa