Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 29, 2014

Saya Setuju Dengan Dr. MAZA: Macamlah Dah Kehabisan Ikhtiar

Kerana kepentingan individu-individu tertentu kegelojohan kuasa
Banyak yang rugi dan susahnya terutama duit rakyat untuk PRK itu

PKR mempermainkan pilihan raya, kata bekas mufti Perlis
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JANUARY 28, 2014
Pilihan raya umum akan hanya jadi mainan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 


Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.
"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.
"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.
Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."
Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.
"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay,  pagi tadi.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini."
Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.
"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.
Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.
"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya.
Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding," katanya. - 28 Januari, 2014.

1 comment:

  1. Mungkin baik juga DR MAZA tengok gambaran besar dahulu sebelum memberi suatu pendapat.

    Bukan semua orang boleh jadi pemimpin bijak , yang pemimpin bahalol ada banyak....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa