Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Tahap Pemikiran 'Dayak', Apa Nak Kepoh?

Penulis Wira Pbb sukalah tu........
Sebab keluarkan status sebodoh itu pun orang ramai ambil hal
Siap Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Hamzah lagi buat statements!

PKR: Jangan politikkan isu pencen
William Mangor | January 22, 2014
PBB cuba mengelirukan rakyat.
KUCHING: Isu pengembalian wang pencen mendapat isu hangat di negeri ini.
Pemilik halaman ‘Wira Pbb’ dikritik hebat mengenai kenyataan yang dikeluarkan mengenai penyokong pembangkang yang bersara dari kerajaan diminta kembalikan wang pencen.
Dalam masa yang berasingan, Ketua Penerangan Media Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Vernon Aji Kedit menyifatkan Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) cuba mengelirukan rakyat.
“PBB cuba mengelirukan rakyat mengenai terma kerajaan<” kata beliau mengulas berita dalam FMT semalam.
“Sebagaimana yang kita tahu kerajaan ada tiga cabang iaitu pertama legalistif iaitu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), kedua eksekutif iaitu Menteri-menteri termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan ketiga judisari iaitu hakim,
“Itu maksudnya kerajaan tetapi ini telah disalahgunakan oleh PBB dan United Malay National Organisations (UMNO),” tegas Vernon
Vernon juga menemplak sikap PBB dan UMNO yang cuba menanam pemikiran yang membahayakan kepada rakyat yang parti ialah kerajaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Hamzah melalui akhbar tempatan berkata kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang siber untuk mengelakkan salah guna yang boleh memecahkan rakyat.
“Ini sangat penting kerana kita tidak mahu negara menjadi huru-hara disebabkan sikap tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber,
“Banyak kenyataan di laman sosial tidak benar di mana menarik perhatian umum,” tegas Karim
Dalam masa yang berasingan juga, Vernon juga menambah bahawa parti bukan kerajaan baik itu BN atau PR.
“Itu hanya parti, apabila mereka menang pilihan raya baru mereka menjadi kerajaan dan mereka hanya memegang tampuk pemerintahan,
“Memegang tanggungjawab untuk memerintah, tidak bermaksud mereka (parti) adalah kerajaan,
Vernon juga mengumpamakan bahawa mereka tidak melawan kerajaan tetapi melawan parti yang memegang pemerintahan.
Mengenai hal pencen, Vernon menjawab bahawa kenyataan tersebut tidak logik.
“Beliau mengguna emosi dalam mengeluarkan kenyataan, pencen adalah hak,
“Kalau pembangkang tidak boleh ambil pencen, maksudnya pembangkang boleh untuk tidak membayar cukai.” jawab Vernon
Vernon juga menegaskan supaya pihak PBB jangan mempolitikkan isu pencen.
Turut baca

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa