Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 23, 2014

Tidak Ada Kesan Mangsa Dirogol Mahupun Diliwat

Tiada kesan penderaan seksual pada mayat kanak-kanak
23/01/2014 10:50pm

 Mangsa
Pembunuh
KUALA TERENGGANU - Laporan awal bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka Dungun tidak menunjukkan kesan penderaan seksual pada mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil laporan awal bedah siasat yang dijalankan tidak menunjukkan mangsa dirogol mahupun diliwat.
Bagaimanapun laporan itu belum muktamad dan polis masih menunggu laporan lanjut daripada bahagian Toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Selasa lepas mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.
Curiga dengan bau itu pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air. - sumber

1 comment:

  1. Hi friends, its fantastic paragraph about teachingand completely defined, keep it up all the time.


    Feel free to surf to my blog post; plants vs zombies download 3d

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa