Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 25, 2014

Memang Kami Gembira Dan Ceria!

Hakikatnya kita akan sentiasa gembira bila dekatkan diri dengan Tuhan
Kita akan gembira bila kita berada di samping keluarga dan sahabat handai yang penyayang dan prihatin

Rakyat Malaysia paling gembira di Asia, kata penyelidik
JANUARY 25, 2014

Kebahagiaan dalam keluarga antara faktor yang menyumbang kepada kegembiraan hidup rakyat Malaysia.Kebahagiaan dalam keluarga antara faktor yang menyumbang kepada kegembiraan hidup rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia disenaraikan paling gembira di rantau Asia, berbanding penduduk Hong Kong, China, Singapura dan Korea Selatan menurut kaji selidik agensi penyelidikan, IPSOS Asia Pasific.
Syarikat global dalam bidang kajian pengiklanan, pemasaran, media dan perhubungan awam itu berkata, tiga faktor utama yang menyumbang kepada tahap kegembiraan seperti keintiman hubungan bersama pasangan (53%), hubungan bersama ibu bapa (46%) serta kebahagiaan mempunyai kesihatan ahli keluarga dan rakan yang baik (41%).
Kaji selidik dilakukan terhadap 466 responden pelbagai kaum di lima negara terbabit yang berusia antara 18 hingga 50 tahun.
Menurut Pengarah Eksekutif IPSOS, Katharine Davis, ikatan kekeluargaan memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan budaya mereka yang sering mengutamakan hubungan sesama ahli keluarga.
“Kegembiraan rakyat Malaysia berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan yang erat, sekali gus merangsang kepada kesihatan yang baik.
“Namun perkara utama yang sering membawa kepada kemurungan apabila mereka menghadapi masalah kewangan yang tidak mencerminkan kestabilan hidup,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini dipetik daripada akhbar Berita Harian.
Kaji selidik itu juga membuat perbandingan ke atas kegembiraan mengikut jantina di empat negara berkenaan dan Malaysia mencatatkan peratus kegembiraan lelaki dan wanita pada tahap sama iaitu 32.
Sementara itu, di Singapura dan Hong Kong, wanita mencatatkan peratusan kegembiraan yang tinggi berbanding lelaki, masing-masing pada 26 dan 13.
Bagaimanapun, China dan Korea Selatan menunjukkan lelaki mempunyai peratusan kegembiraan yang lebih tinggi iaitu 20 dan 14%.
Secara keseluruhan, data menunjukkan wanita di negara ini meletakkan keutamaan di dalam perhubungan kekeluargaan, sekali gus menyumbang kepada faktor kegembiraan mereka. – 25 Januari, 2014.

1 comment:

  1. aku suka baca blog ni tapi warna tulisan membuatkan aku alahan...dgn jujurnya aku berharap penulis dan pemilik blog dapat menukar kepada yg mesra sakit..dan bersaiz besar...pompuan pon suka..punggah aku merepek dah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa